Budaya agungkan pemberi rasuah membimbangkan – PMX

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur budaya yang mengagungkan pemberi rasuah di Malaysia sehingga menghakis nilai untuk membenci gejala tidak bermoral itu.

Beliau mengakui perkara itu kini menjadi trend semasa dan keadaan terbabit sangat menggusarkan dalam usaha kerajaan mahu membanteras rasuah kerana ia tidak akan mengangkat diri dan negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, semua pihak tidak sepatutnya menggadaikan nilai kemanusiaan, semata-mata kerana perselisihan faham atau pertarungan politik sehingga mendewa-dewakan sesetengah susuk pemberi rasuah hingga mengetepikan nilai kemanusiaan.

“Dalam usaha memerangi rasuah sekarang, nilai itu terhakis. Kita kata kita benci rasuah, apabila ambil tindakan dan kalau kena pada kawan, kita marah.

“Bukan setakat itu sahaja, ada pihak yang terlalu mendewa-dewakan dan mengagung-agungkan sesetengah susuk hingga menghakis nilai kemanusiaan.

“Disebabkan (trend) ini kita tidak akan mampu mengangkat negeri dan negara kita. Saya fikir ia sangat menggusarkan” katanya ketika menyampaikan ucapan bersama Warga Kementerian Kerja Raya (KKR) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, pada Isnin.

Turut hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan,  Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Setiausaha KKR, Datuk Seri Azman Ibrahim.

Sementara itu, Perdana Menteri menegaskan, nilai kemanusiaan, ihsan dan saling menghormati sesama makhluk sangat penting untuk ditekankan semua pihak demi kelangsungan negara.

“Kasih pertamanya kepada manusia, seterusnya haiwan, pohon, bukit-bukau dan bumi yang kita pijak. Jika ini dimaknai dan diamalkan, nescaya yang di langit akan mencurahkan rahmat serta kasih sayang-Nya kepada kita.

“Bayangkan, setiap hari kita kerja, setiap design (rekaan) dilakar dan kaedah baharu diperkenalkan, setiap usaha ini mempercepat untuk menyiapkan (projek). Yang di langit akan curahkan rahmat kepada kita.

“Bayangkan, kita buat jambatan dengan niat ikhlas dan bersih tanpa mengira komisen, rasuah serta penyelewengan. Ia dilaksanakan secara terbaik dengan kos yang ada, untuk faedah manusia, dengan harapan dan niat kasih sayang pada manusia. Ini bukan saya kata, ini hadis Nabi Muhammad SAW,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan