Belanjawan Pahang 2026 serba lengkap, realistik

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyifatkan Belanjawan Pahang 2026 dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semalam, sebagai sangat komprehensif, realistik dan berpaksikan kesejahteraan rakyat.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Mustaqim Zakaria berkata, isi kandungan belanjawan itu menunjukkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam membina Pahang sebagai negeri yang makmur, progresif serta inklusif.

“Pembentangan itu memberi impak langsung kepada golongan muda, keluarga B40, warga emas, komuniti FELDA, penjawat awam serta institusi pendidikan dan keagamaan,” katanya.

Mustaqim juga memuji usaha kerajaan memartabatkan syiar Islam melalui peruntukan menaik taraf sekolah agama, pembinaan masjid baharu, peningkatan elaun guru Al-Quran serta pengukuhan institusi tahfiz.

Katanya, langkah berkenan secara jelas mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk terus berpegang kepada prinsip Maqasid Syariah dalam pembangunan negeri.

“Tumpuan terhadap pembangunan belia dan mahasiswa — melalui program kepimpinan, latihan kemahiran, peluang TVET, bantuan pendidikan serta inisiatif sokongan untuk mahasiswa institusi pengajian tinggi —menunjukkan perhatian kerajaan dalam membina generasi muda berdaya saing.

“Begitu juga dengan pelbagai program khas untuk komuniti FELDA yang sudah pasti bertujuan warga peneroka mendapat akses pembangunan sosial, pendidikan dan perpaduan secara saksama.

Beliau berkata, keluarga B40 juga terus menerima pelbagai bentuk bantuan, termasuk bantuan makanan, pengurangan yuran sekolah agama, program Jualan Makmur, kad kesihatan, bantuan topi keledar dan inisiatif kebajikan yang lain.

“Belanjawan ini memperlihatkan iltizam kerajaan negeri untuk menjadikan Pahang sebagai negeri maju, inklusif dan berpandangan jauh.

“Secara tidak langsung ia selaras dengan aspirasi ‘Pahang 1st: Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’,” katanya.

Related Posts

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

KUALA KANGSAR – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan maut dengan kesan kecederaan di bahagian betis dipercayai akibat ditikam di kediamannya di Kampung Cheh Hilir, Kati, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

KABONG – Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang menjadikan sebuah kedai runcit sebagai lokasi menawarkan perkhidmatan tambah nilai judi dalam talian membawa padah apabila dia ditahan di Pekan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

JPJ nafi cadang benar Rohingya buat lesen memandu

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

RoS gantung semua kegiatan Perikatan Nasional

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian