Sarawak komited iktiraf hak rakyat menerusi Program Tanah NCR di Sibu

SIBU — Sarawak menegaskan komitmennya untuk mempercepatkan pengiktirafan hak rakyat melalui Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), termasuk pewartaan Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan pengeluaran surat hak milik individu Seksyen 18.

Timbalan Menteri Perancang Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, program ini diperkenalkan sejak 2010 bagi memastikan pemilik tanah mempunyai dokumen pemilikan sah, sempadan jelas dan tanah mereka dilindungi daripada pencerobohan. 

“Pengukuran hanya dilakukan selepas permohonan disemak, bukti mencukupi dan tiada pertikaian, manakala kes yang masih di mahkamah perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Sehingga Oktober 2025, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah berjaya menyukat lebih 1.22 juta hektar tanah NCR secara perimeter, dengan 947,000 hektar diwartakan. Seramai 106,467 lot individu telah diukur, dan 34,507 surat hak milik Seksyen 18 dikeluarkan,” katanya yang mewakili Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. 

Majlis hari ini menyaksikan pewartaan baharu serta penyerahan 195 surat hak milik tanah kepada 171 penerima dari kawasan Sibu, Kanowit dan Nanga Dap. 

Selain itu, ujar beliau, kerajaan Sarawak menegaskan program ini akan diteruskan secara percuma dengan pemilikan tanah di bawah Seksyen 18 diberikan tanpa premium dikecualikan daripada cukai tanah dan pegangan kekal.

Beliau juga menekankan kerjasama penduduk, ketua kaum dan ketua masyarakat amat penting bagi memastikan proses pengukuran berjalan lancar dan bebas kelewatan.

Dalam aspek pembangunan, kerajaan turut menjelaskan bahawa pengambilan tanah untuk projek awam adalah tidak dapat dielakkan namun pampasan wajib dibayar mengikut penilaian semasa Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. 

“Sebagai bukti, kerajaan menyerahkan cek pampasan bernilai RM4.49 juta kepada pemilik tanah yang terlibat dalam projek jalan Teku–Pasai Siong–Kemuyang. Selain itu, lima cek CSR bernilai RM35,000 diserahkan kepada komuniti yang terkesan dengan aktiviti industri mineral.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang; ADUN Ngemah, Anyi  Jana; Penolong Pengarah Penilaian, Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Alfian Bawi; Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu, Chua Soh Kee; serta Timbalan Residen Sibu, Christopher Ranggau Unting.

Related Posts

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut
  • AdenAden
  • September 12, 2026

CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat yang melanda Cameron Highlands petang semalam mengakibatkan banjir kilat dan banjir lumpur di beberapa lokasi, selain kejadian tanah runtuh yang menjejaskan laluan di sekitar Tanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

KUCHING – Universiti Utara Malaysia (UUM) merintis kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak dalam bidang komunikasi menerusi penyerahan surat hasrat sempena International Conference on Media and Communication 2026 (i-COME’26), di sini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat