Sarawak jadi negeri pertama di Malaysia laksanakan levi karbon – Dr Hazland 

KUCHING– Sarawak terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dasar hijau di rantau ini melalui penganjuran International Workshop on Climate Change Resilience (IWCCR) 2025 yang berlangsung dari 2 hingga 5 Disember di Harbour View Hotel. 

Program anjuran Institut Ekosains Borneo (IEB), Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) bersama rakan strategik dalam dan luar negara itu menghimpunkan lebih 90 peserta daripada 11 negara, terdiri daripada penyelidik, ahli akademik, agensi kerajaan serta pemain industri berkaitan perubahan iklim, pengurusan karbon dan kelestarian alam sekitar.

Berteraskan tema “From Awareness to Action: Climate Solutions for a Sustainable Future”, bengkel antarabangsa itu memberi tumpuan kepada empat teras utama, iaitu pertanian mampan berdaya iklim; bahan adaptif hijau serta pengurusan sisa; pengurusan karbon dan ekonomi hijau; serta tenaga boleh baharu bersama teknologi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon.

Siri perbincangan itu selaras dengan usaha nasional memperkukuh tindakan iklim mengikut Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 13) selain menyokong aspirasi Sarawak ke arah ekonomi hijau melalui dasar tenaga bersih, teknologi rendah karbon dan pembangunan mampan.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, Sarawak kini berada pada landasan kukuh melalui rangka kerja dasar hijau yang komprehensif, termasuk pembangunan dasar peralihan tenaga, polisi ekonomi hidrogen dan peraturan baharu seperti Peraturan Penyelenggaraan dan Pengurusan Basuh 2025.

“Sarawak juga menjadi negeri pertama di Malaysia yang merangka pelaksanaan levi karbon bagi industri berintensiti pelepasan tinggi, selaras dengan standard global dan usaha negeri mengurangkan gas rumah kaca secara sistematik.

“Inisiatif hijau ini bukan sahaja menyokong mitigasi perubahan iklim tetapi turut membuka ruang baharu bagi pertumbuhan ekonomi melalui pasaran karbon, teknologi bersih serta tenaga boleh baharu,” katanya.

Beliau turut berkongsi kelebihan Sarawak dalam tenaga hijau, termasuk kapasiti hidroelektrik melebihi 5,800 MW, projek solar terapung berskala besar di Batang Ai, pembangunan tenaga angin luar pesisir serta projek perintis tenaga gelombang di Bintulu. Keupayaan ini menjadikan Sarawak antara peneraju tenaga hijau di rantau Nusantara.

Bengkel berkenaan turut menganjurkan mesyuarat jalinan kerjasama dan perkongsian (networking & partnership meeting) yang memfokuskan pengukuhan rangkaian penyelidikan, pertukaran pengetahuan dan kerjasama industri–universiti untuk mempercepat inovasi berasaskan sains.

Majlis penutupan IWCCR 2025 disempurnakan oleh pengarah program, Dr. Wan Nor Zanariah Zainol @ Abdullah, yang menegaskan komitmen UPMS memacu penyelidikan melalui University Driven Research Programme (UDRP), khususnya dalam mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.

UPMS juga menekankan tiga tonggak strategik penyelidikan iklim, iaitu pertanian, perhutanan dan tenaga boleh baharu, seiring aspirasi negeri untuk memperkukuh ketahanan masyarakat, memelihara ekosistem dan memacu inovasi teknologi hijau.

Dengan penyertaan aktif daripada 11 negara termasuk Indonesia, Vietnam, Brunei, Thailand, Sri Lanka, Jepun, Jerman, Perancis, Slovakia dan United Kingdom, IWCCR 2025 menjadi platform penting mengukuhkan kerjasama serantau dan global dalam memajukan agenda perubahan iklim dan dasar hijau Sarawak.

Related Posts

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Oleh: Alif Abd Aziz SEKIJANG, 19 April 2026 – Kerajaan terus komited memperkukuh kefahaman rakyat terhadap isu krisis tenaga global menerusi pendekatan komunikasi bersemuka yang lebih menyeluruh dan berkesan. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menegaskan pihaknya tidak terlibat secara langsung dalam penganjuran program Songkran Sunset Splash Run yang dianjurkan, baru-baru ini. DBKK dalam satu kenyataan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah