Slot anggap Salah profesional walaupun ‘kurang gembira’

PENGENDALI Liverpool, Arne Slot, mengakui Mohamed Salah ‘tidak gembira’ selepas digugurkan daripada kesebelasan utama ketika kemenangan 2-0 ke atas West Ham, Ahad lalu.

Salah, yang sebelum ini menjadi tonggak tetap dalam kesebelasan utama The Reds musim ini, diletakkan di bangku simpanan ketika Slot berusaha menghentikan rentetan buruk juara Liga Perdana itu yang tewas sembilan daripada 12 perlawanan sebelum aksi di Stadium London.

Pemain berusia 33 tahun itu tidak diturunkan langsung sepanjang 90 minit, dengan jaringan pertama Liga Perdana, Alexander Isak bersama Liverpool serta gol lewat Cody Gakpo memastikan kemenangan yang sedikit melegakan tekanan terhadap Slot.

Slot mengakui Salah kecewa, namun memuji komitmen tinggi bintang itu yang disifatkannya sebagai ‘seorang profesional sejati’ serta masih menjadi watak penting dalam perancangan pasukan.

“Itu reaksi biasa bagi pemain berkualiti seperti dirinya,” kata Slot.

“Dia sudah memberi sumbangan besar kepada kelab ini dan akan terus berbuat demikian. Dia tidak gembira tidak diturunkan, tetapi dia bukan satu-satunya pemain yang berasa begitu.

“Tetapi cara dia membawa diri, sangat baik. Dia menyokong rakan sepasukan dan menunjukkan sikap profesional yang hebat.”

Slot turut menegaskan disiplin dan kecergasan Salah kekal pada tahap tinggi walaupun dikeluarkan daripada kesebelasan utama.

“Andai dia bermain baik, tidak bermain baik, diturunkan atau tidak, dia tetap seorang profesional terbaik,” katanya.

Salah dijangka kembali dalam kesebelasan utama apabila Liverpool melayan kunjungan Sunderland dalam aksi liga, awal pagi Khamis ini.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai