KKR kenal pasti 145 lokasi terjejas akibat banjir

MELAKA – Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti 145 lokasi terjejas akibat bencana susulan Monsun Timur Laut (MTL), melibatkan 63 Jalan Persekutuan dan 82 Jalan Negeri setakat jam 10 pagi tadi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kes yang dikenal pasti melibatkan pelbagai bentuk bencana dan bukan hanya disebabkan banjir semata-mata.

“Daripada jumlah itu, kita kesan 82 lokasi banjir, 32 banjir kilat, 16 cerun runtuh, sembilan kes jalan runtuh, lima jalan mendap dan satu kes jambatan rosak,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian selepas meninjau insiden lubang benam di Lebuh SPA menghala ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi bilik gerakan bencana diaktifkan berikutan MTL yang kini melanda seluruh negara.

“Bilik gerakan tersebut kini beroperasi 24 jam bagi membolehkan pemantauan dilakukan secara menyeluruh.

“Persiapan dilakukan lebih awal dan bilik gerakan sudah diaktifkan. Sekarang kita berada pada tahap pemantauan berterusan,” katanya.

Mengenai insiden lubang benam, beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian yang berlaku lewat malam Sabtu itu berpunca daripada struktur pembetung runtuh, sehingga menyebabkan mendapan pada permukaan jalan.

“Kerja-kerja pembaikan akan dibuat dengan segera. Saya difahamkan pembaikan di lokasi ini mungkin mengambil masa dua hingga tiga bulan. Namun hasil perbincangan tadi, kita putuskan untuk meneliti keseluruhan laluan ini.

“Kita tidak mahu hanya membaiki kawasan ini sedangkan mungkin bahagian lain juga mempunyai masalah. Jadi, kita bersetuju untuk meneliti keseluruhan sistem pembetung yang terletak di jalan ini,” katanya.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

PKR lantik Saifuddin Nasution dan Dr Zaliha sebagai Naib Presiden baharu

PKR lantik Saifuddin Nasution dan Dr Zaliha sebagai Naib Presiden baharu

PKR tangguh kongres tahunan, fokus hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

PKR tangguh kongres tahunan, fokus hadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan

Steven Sim kongsi pengalaman dengan Tok Ayah, tokoh ulama P.Pinang

Steven Sim kongsi pengalaman dengan Tok Ayah, tokoh ulama P.Pinang