
SANDAKAN – Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan melaksanakan kadar caj dan waktu operasi baharu bagi tempat letak kereta berbayar.
Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi pihak berkuasa tempatan itu di sini pada Rabu.
Menurut MPS, kadar bayaran yang baharu dikenakan adalah RM0.45 sen sejam bagi petak kuning manakala RM1.50 setiap setengah jam bagi petak hijau.
“Selain itu, waktu operasi bermula jam 8 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Sabtu, kecuali pada hari Ahad dan cuti umum.
“Tarikh penguatkuasaan caj akan dimaklumkan pada masa yang terdekat,” kata notis tersebut.
Pelaksanaan caj letak kenderaan berbayar membabitkan daerah Sandakan itu termaktub di bawah ‘Uniform (Provision Of Public Parking Places) By-Laws 2023’, Undang-undang kecil seragam peruntukan tempat letak kereta awam 2023).







