Wan Rosdy nasihat penduduk kawasan rendah peka keadaan cuaca

KUANTAN – Penduduk yang tinggal di kawasan rendah di Pahang dinasihatkan peka dan cakna dengan maklumat dan keadaan cuaca terkini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail turut meminta semua penduduk agar mematuhi setiap arahan dikeluarkan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“Semoga kita semua dilindungi Allah dan terhindar daripada segala musibah dan bencana,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (buruk) di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong sehingga Sabtu.

Amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka akan berlaku di Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin dalam tempoh sama.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam