Sultan Pahang titah rakyat waspada risiko musim tengkujuh

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan rakyat negeri itu sentiasa berwaspada pada musim tengkujuh yang melanda ketika ini.

Baginda bertitah, semua rakyat – terutama di kawasan berisiko – perlu berwaspada dengan keadaan semasa dan mengambil berat terhadap keselamatan diri serta keluarga.

“Saya ingin menasihatkan rakyat, terutama di kawasan berisiko banjir sentiasa berwaspada keadaan di musim tengkujuh ini dengan hujan lebat tanpa henti.

“Ibu bapa atau penjaga, jagalah anak-anak, cucu masing-masing agar tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini pada musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.

“Dengarlah arahan-arahan daripada pihak berkuasa supaya berpindah atau tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) demi keselamatan diri.

“Pengguna jalan raya juga perlu berhati-hati ketika memandu atau menunggang motosikal.

“Keadaan hujan menambah risiko bahaya ketika berada di atas jalan raya. Semoga sentiasa selamat di dalam perjalanan menuju destinasi,” titah baginda menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, baginda bertitah semua PPS dijaga dengan baik dan sentiasa mengutamakan aspek kebersihan.

“Saya berharap agar semua PPS di negeri ini berada dalam keadaan bersih dan teratur.

“Semua pihak terbabit perlu bekerjasama, jagalah kebersihan PPS termasuk ketika menggunakan tandas yang menjadi kemudahan bersama,” titah baginda.

Dalam pada itu, baginda bertitah, peringatan turut diberikan kepada semua rakyat berikutan amaran kesan Ribut Tropika Senyar yang terbentuk di Selat Melaka.

“la adalah satu situasi yang jarang berlaku… malah hujan lebat dalam tempoh lama boleh menyebabkan kita semua berdepan risiko banjir kilat, pokok tumbang dan tanah runtuh yang mungkin berlaku di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

“Saya minta agar kita semua terus berhati-hati dan sentiasa berdoa agar dijauhi daripada segala bala bencana dan kemalangan, teruskanlah melakukan solat hajat di masjid dan di rumah,” titah baginda.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula