Banjir Perlis: 6,627 mangsa banjir ditempatkan di 21 PPS

KANGAR – Bilangan mangsa banjir di Perlis terus meningkat kepada 6,627 daripada 1,955 keluarga dab ditempatkan di 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga kawasan terjejas setakat jam 8 malam tadi.

Menurut laporan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis, kawasan Kangar kekal mencatat jumlah tertinggi dengan 1,100 keluarga melibatkan 3,789 mangsa, diikuti Arau dengan 474 keluarga (1,547 mangsa) serta Padang Besar membabitkan 381 keluarga (1,291 mangsa).

“Secara keseluruhan, banjir melibatkan tiga kawasan utama iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau dengan trend air sungai dilaporkan terus meningkat, manakala keadaan cuaca pada waktu laporan direkodkan adalah hujan rintik dengan kelajuan angin 20 kilometer sejam.

“Setiap PPS yang beroperasi melibatkan pelbagai kategori mangsa termasuk warga emas, bayi serta Orang Kurang Upaya (OKU), dengan PPS Dewan 2020 merekodkan jumlah tertinggi iaitu 740 mangsa, diikuti SK Panggau (671 mangsa) dan SK Behor Empiang (614 mangsa),” katanya.

Laporan sama menyebut di Arau, PPS UiTM Arau menempatkan 207 mangsa, SK Guar Nangka (316 mangsa), manakala PPS Unimaps Kubang Gajah menempatkan 190 mangsa. Turut beroperasi ialah PPS Unimap Ulu Pauh yang menampung 429 mangsa, serta SK Tambun Tulang dengan 405 mangsa.

“Bagi kawasan Padang Besar, antara PPS aktif ialah SK Felcra Lubuk Sireh (285 mangsa), SK Felda Mata Ayer (330 mangsa), Dewan Semai Bakti Felda Mata Ayer (109 mangsa), SK Batu Bertangkup (263 mangsa) dan SK Beseri (127 mangsa).

“Selain itu, anggota keselamatan turut memperkukuh operasi dengan penglibatan kekuatan petugas daripada pelbagai daerah termasuk penggunaan aset logistik seperti ambulans, kenderaan pacuan empat roda serta bot penyelamat,” ujarnya.

Pihak berkuasa menasihatkan penduduk di kawasan berisiko agar sentiasa peka dengan arahan pemindahan dan perkembangan semasa banjir yang dikeluarkan pihak berwajib dari semasa ke semasa.

Related Posts

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

PADANG BESAR – Sekali pandang seperti tayar ganti biasa, namun di sebaliknya tersembunyi tangki minyak yang diubah suai dipercayai digunakan untuk menyeludup bahan api bersubsidi ke negara jiran. Helah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

KOTA SAMARAHAN – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menzahirkan rasa berpuas hati dengan kualiti penyiapan projek INTAN Leadership Development Park (I-LEAD) di Institut Tadbiran Awam Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA