Pilihlah parti bersama kerajaan pusat jika mahu hak Sabah dikembalikan – KJ

SIPITANG – Usaha mempertahankan hak Negeri Sabah serta mendapatkan kembali perkara yang sebelum ini dinafikan, hanya dapat dicapai melalui hubungan yang seimbang antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang julung kali tampil berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah berkata, formula terbaik ialah memastikan calon kerajaan negeri selari dengan kerajaan pusat bagi memudahkan rundingan dan pelaksanaan dasar.

Katanya, biarpun anak muda mempunyai karisma serta semangat tinggi, namun keputusan PRN tidak wajar digerakkan oleh sentimen semata-mata, sebaliknya berlandaskan terhadap kepentingan Sabah secara keseluruhan.

“Saya tahu anak muda semangatnya kuat, tetapi saya tidak mahu mereka terbawa-bawa dengan emosi penolakan. Seperti saya sebut tadi, sekarang adalah masa untuk selesaikan masalah, untuk memperkukuhkan hubungan kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

“Ini bukan masa untuk berbalahan. Kalau berlaku perbalahan, ia tidak menguntungkan rakyat Sabah. Saya rasa formula terbaik ialah memastikan calon kerajaan negeri berada dalam kesepakatan dengan kerajaan pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Santai bersama Datuk Yamani Hafeez Musa (DYHM) dan Khairy Jamaluddin (KJ), pada Rabu.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan, semangat Kerajaan Perpaduan jelas terpampang apabila GRS dan BN tidak meletakkan calon di kawasan tersebut, sebagai tanda sokongan padu kepada calon yang mewakili gabungan itu.

“Kalau kita lihat parti-parti utama dalam Kerajaan Perpaduan seperti GRS, BN dan PH, semuanya sepakat memberikan laluan dan sokongan kepada calon PH.

“Sebab itu saya berharap semua penyokong GRS dan BN turut memberikan kepercayaan serta undi kepada calon Harapan, saudara Datuk Yamani Hafiz,” katanya.

Terdahulu, Khairy ketika ini berada di Sabah bagi membantu menggerakkan kempen rakan-rakan lamanya yang pernah berada dalam Pemuda UMNO yang kini bertanding PRN Sabah.

Selain Yamani Hafez yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Sindumin, antaranya calon PH DUN Melalap, Datuk Jamawi Jaafar; calon Barisan Nasional (BN) DUN Bongawan, Datuk Mohamad Alamin dan serta calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) DUN Tempasuk, Datuk Arsad Bistari.

Related Posts

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan penghargaan terhadap prestasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan dalam menguruskan portfolio hal ehwal Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukanlah pengganti kepada siasatan jenayah dan pembuktian di mahkamah, namun memberikan asas kukuh untuk penyiasatan menyeluruh, bebas dan profesional. Presiden Pertubuhan Asas Bina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan sekadar ‘laporan atas kertas’, tindakan penguatkuasaan perlu dipertingkat

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

RCI TH bukan noktah, siasatan lanjut perlu pastikan semua persoalan terjawab

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Dadah ditemukan dalam lokap, konstabel ditahan bantu siasatan

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Tiba masanya Perdana Menteri ‘rawat’ FELDA, MARA

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan

Curi tong gas untuk beli dadah, tiga lelaki ditahan