Sarawak sokong keputusan mahkamah, tegaskan tiada hak 40 peratus seperti Sabah

KUCHING – Sarawak menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengesahkan hak Sabah terhadap tuntutan 40 peratus hasil bersih serta semakan geran khas, namun menegaskan bahawa peruntukan berkenaan tidak terpakai kepada negeri ini kerana tiada peruntukan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri dan Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, peruntukan 40 peratus itu adalah hak khusus Sabah berdasarkan perlembagaan, manakala Sarawak tidak mempunyai peruntukan sedemikian.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Katibas, terdapat peruntukan jelas mengenai hak 40 peratus untuk Sabah, tetapi tiada peruntukan sedemikian bagi Sarawak. Namun, kedua-dua negeri dijamin menjalani semakan kewangan setiap lima tahun di bawah Artikel 112D Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika menjawab soalan ADUN Katibas Lidam Assam di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Menurutnya, meskipun keputusan itu khusus kepada Sabah, prinsip undang-undang yang digariskan oleh mahkamah adalah signifikan kerana ia menegaskan kewajipan Persekutuan untuk menunaikan tanggungjawab kewangan terhadap Sabah dan Sarawak.

Katanya, dapatan mahkamah juga mengukuhkan jangkaan bahawa semakan kewangan perlu dilakukan secara segera, telus dan berlandaskan prosedur yang betul.

“Sarawak berpendirian bahawa kadar Geran Khas perlu ditentukan berdasarkan formula yang adil, konsisten dan jelas,” katanya.

Beliau berkata keputusan mahkamah itu merupakan langkah penting ke arah memastikan keadilan dan akauntabiliti dalam pelaksanaan kewajipan kewangan Persekutuan terhadap Sabah dan Sarawak.

“Sarawak akan terus tegas mempertahankan hak perlembagaannya dan meneruskan libat urus bersama Kerajaan Persekutuan mengikut kerangka MA63,” katanya.

Related Posts

DBP laksana Rancangan Strategik 2026-2030 pandu korpus AI Bahasa Melayu

KUCHING – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini melangkah ke fasa baharu melalui pelaksanaan Rancangan Strategik DBP 2026-2030 bagi memperkukuh kecintaan terhadap bahasa Melayu dan meningkatkan jati diri bangsa Malaysia.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBP perhebat usaha dokumentasi kosa kata 27 etnik Sarawak

KUCHING – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kini giat mendokumentasikan kosa kata membabitkan 27 etnik utama di pedalaman Sarawak bagi melestarikan warisan bahasa sukuan agar tidak luput ditelan zaman. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber

Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber

DBP laksana Rancangan Strategik 2026-2030 pandu korpus AI Bahasa Melayu

DBP laksana Rancangan Strategik 2026-2030 pandu korpus AI Bahasa Melayu

DBP perhebat usaha dokumentasi kosa kata 27 etnik Sarawak

DBP perhebat usaha dokumentasi kosa kata 27 etnik Sarawak

‘Trak pikap boleh buka selimut’, pemilik syukur dan berterima kasih PMX turunkan harga diesel

‘Trak pikap boleh buka selimut’, pemilik syukur dan berterima kasih PMX turunkan harga diesel

Ibrahim Sani lepas jawatan CEO Yayasan Peneraju

Ibrahim Sani lepas jawatan CEO Yayasan Peneraju

JTK Sarawak ingatkan henti sebar maklumat mengelirukan kes buruh

JTK Sarawak ingatkan henti sebar maklumat mengelirukan kes buruh