Sarawak sokong keputusan mahkamah, tegaskan tiada hak 40 peratus seperti Sabah

KUCHING – Sarawak menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang mengesahkan hak Sabah terhadap tuntutan 40 peratus hasil bersih serta semakan geran khas, namun menegaskan bahawa peruntukan berkenaan tidak terpakai kepada negeri ini kerana tiada peruntukan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri dan Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, peruntukan 40 peratus itu adalah hak khusus Sabah berdasarkan perlembagaan, manakala Sarawak tidak mempunyai peruntukan sedemikian.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Katibas, terdapat peruntukan jelas mengenai hak 40 peratus untuk Sabah, tetapi tiada peruntukan sedemikian bagi Sarawak. Namun, kedua-dua negeri dijamin menjalani semakan kewangan setiap lima tahun di bawah Artikel 112D Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika menjawab soalan ADUN Katibas Lidam Assam di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.

Menurutnya, meskipun keputusan itu khusus kepada Sabah, prinsip undang-undang yang digariskan oleh mahkamah adalah signifikan kerana ia menegaskan kewajipan Persekutuan untuk menunaikan tanggungjawab kewangan terhadap Sabah dan Sarawak.

Katanya, dapatan mahkamah juga mengukuhkan jangkaan bahawa semakan kewangan perlu dilakukan secara segera, telus dan berlandaskan prosedur yang betul.

“Sarawak berpendirian bahawa kadar Geran Khas perlu ditentukan berdasarkan formula yang adil, konsisten dan jelas,” katanya.

Beliau berkata keputusan mahkamah itu merupakan langkah penting ke arah memastikan keadilan dan akauntabiliti dalam pelaksanaan kewajipan kewangan Persekutuan terhadap Sabah dan Sarawak.

“Sarawak akan terus tegas mempertahankan hak perlembagaannya dan meneruskan libat urus bersama Kerajaan Persekutuan mengikut kerangka MA63,” katanya.

Related Posts

Wacana geopolitik buka minda, nilai sendiri situasi semasa – Nizam

TAWAU – Penganjuran wacana berkaitan geopolitik semasa dilihat sebagai platform penting dalam membuka minda masyarakat agar lebih memahami perkembangan dunia dengan perspektif yang seimbang dan matang. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perarakan 1.2 kilometer Niti Daun tonjol keunikan budaya, perpaduan etnik Sarawak

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai perarakan ‘Niti Daun’ bersempena dengan sambutan Hari Gawai 2026 di Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu. Acara sejauh 1.2 kilometer…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wacana geopolitik buka minda, nilai sendiri situasi semasa – Nizam

Wacana geopolitik buka minda, nilai sendiri situasi semasa – Nizam

Perarakan 1.2 kilometer Niti Daun tonjol keunikan budaya, perpaduan etnik Sarawak

Perarakan 1.2 kilometer Niti Daun tonjol keunikan budaya, perpaduan etnik Sarawak

Tribunal Antibuli 2026 berpotensi perluas perlindungan terhadap mangsa

Tribunal Antibuli 2026 berpotensi perluas perlindungan terhadap mangsa

KOSMA kekal raih untung konsisten

KOSMA kekal raih untung konsisten

Agihan kerusi hadapi PRU di Sabah akan dibincang kemudian

Agihan kerusi hadapi PRU di Sabah akan dibincang kemudian

Terima kasih wartawan Malaysia – PM Anwar

Terima kasih wartawan Malaysia – PM Anwar