Siren banjir bergema di Kangar, 5,591 mangsa dipindahkan ke PPS

KANGAR – Siren amaran banjir kembali bergema di ibu negeri Perlis apabila Kangar muncul antara lokasi paling kritikal dalam banjir kilat yang melanda negeri itu, dengan 3,225 mangsa dipindahkan di daerah tersebut sahaja.

Setakat pukul 4 petang tadi, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis merekodkan keseluruhan 5,591 mangsa daripada 1,421 keluarga ditempatkan di 15 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga kawasan iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

“Di Kangar sahaja, sembilan PPS beroperasi termasuk Dewan 2020, Dewan Warisan, IPG Perlis, Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Syed Alwi, SK Panggau dan beberapa sekolah lain yang masih dalam proses pendaftaran. PPS Dewan 2020 adalah yang terbesar dengan 722 mangsa.

“Situasi di Padang Besar turut mencatatkan 1,047 mangsa, terutamanya dari Kawasan Lubuk Sireh, Mata Ayer dan Bukit Keteri yang paling awal dinaiki air,” katanya.

Menurut laporan itu, Arau turut menempatkan lebih 1,300 mangsa melalui empat PPS iaitu Universiti Teknologi MARA Arau, SK Guar Nangka dan dua PPS UniMAP, menjadikan operasi pemindahan kali ini antara yang terbesar dalam tempoh lima tahun.

Laporan analisis cuaca petang tadi menunjukkan keadaan cerah namun paras air sungai masih meningkat, sekali gus menimbulkan kebimbangan berlaku gelombang kedua jika hujan lebat. Kelajuan angin pula direkodkan sekitar 22 kilometer sejam.

Pelbagai agensi pengurusan bencana termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menggerakkan kekuatan penuh melibatkan lebih 60 anggota di Kangar, Padang Besar dan Arau, dibantu aset seperti pacuan empat roda, ambulans, bot penyelamat dan lori lima tan.

Pasukan pemantauan khas turut dikerahkan bagi meninjau kawasan berisiko tinggi termasuk kampung berhampiran sungai serta kawasan rendah yang sering mencatat kenaikan air secara mendadak.

Anggota APM juga dilihat menyeberangi kawasan kediaman yang ditenggelami air sehingga paras pinggang selain membantu membawa keluar kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya menggunakan bot.

Lebih banyak PPS dijangka dibuka sekiranya hujan lebat berterusan malam ini, dengan proses pemindahan mangsa dilakukan secara berterusan oleh petugas keselamatan.

Related Posts

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

MIRI – Semangat perpaduan dan kelestarian budaya terus menjadi keutamaan dalam memacu Sarawak ke arah negeri maju apabila Sambutan Gawai Miri Ke-20 Tahun 2026 berlangsung meriah di Meritz Hotel pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar