SPR terima 472 aduan sejak kempen PRN17 Sabah

TAWAU – Sebanyak 472 aduan direkodkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat Isnin membabitkan kesalahan-kesalahan kecil semasa kempen Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, aduan itu termasuk pemasangan bahan kempen dan ceramah tanpa permit.

“Kita ambil maklum perkara ini untuk tindakan,” katanya kepada media selepas meninjau proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini, pada Selasa.

Beliau berkata, SPR juga mempunyai prosedur operasi khas (SOP) untuk menghadapi kemungkinan berlakunya banjir atau bencana lain pada hari pengundian Sabtu ini selain bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri.

Mengenai isu segelintir pengundi yang mengambil gambar kertas undi untuk tujuan tertentu, Ramlan menjelaskan bahawa SPR telah menetapkan kaedah khas.

“Di semua pusat pengundian SPR menyediakan tempat untuk semua pegawai bertugas di setiap saluran dan akan meminta pengundi meletakkan telefon di tempat khas disediakan sebelum masuk memangkah.

“Ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan seperti gambar kertas undi disebarkan kepada pihak tertentu,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima tujuh laporan polis dengan lima daripadanya sedang dalam siasatan.

“Tiga kes dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, satu kes di bawah Seksyen 500/233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan satu lagi kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Penahanan melibatkan empat individu yang dikaitkan dengan proses kempen baru-baru ini iaitu khianat terhadap bendera parti bertanding dan penyebaran kenyataan tidak benar di media sosial,” katanya.

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA