Fahmi sangkal tuduhan PH taja dana RM8 juta ‘kutuk’ Warisan

PENAMPANG – Pakatan Harapan (PH) menyangkal dakwaan gabungan parti itu membiayai kempen menerusi media sosial bagi memburukkan parti Warisan dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan, PH tidak memiliki dana sehingga RM8 juta dalam melakukan perkara tersebut, seperti didakwa oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Saya tak tahu apa dia cakap. Bagi PH, kami tak ada dana seperti itu,” katanya ringkas kepada wartawan selepas mengadakan lawatan di Pusat Media PRN Sabah, pada Selasa.

Terdahulu, Mohd Shafie mendakwa, seteru politiknya menggunakan RM8 juta dana awam untuk membiayai kempen media sosial yang bertujuan memburukkan partinya, melalui mesej berunsur perkauman.

Ahli Parlimen Semporna itu memberi amaran bahawa taktik sedemikian akan mengalihkan perhatian daripada keperluan pembangunan sebenar Sabah.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, sebanyak tiga kes dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sepanjang perjalanan PRN Sabah.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Komunikasi itu berkata, beliau tidak diberi perincian oleh MCMC mengenai tiga kes yang dilaporkan itu.

“Setakat ini terdapat tiga kes yang telah dimaklumkan. Saya tidak diberi perincian kes-kes tersebut tapi dua telah dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertimbangan langkah seterusnya, manakala satu lagi kes masih dalam siasatan.

“Ketiga-tiga kes ini ada kaitan tentang sebaran sepanjang tempoh pilihan raya tetapi saya tidak boleh memaklumkan isi kandungan atau perincian kes-kes ini kerana masih dalam siasatan. Satu dalam siasatan, dua dalam pertimbangan Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Sementara itu, Fahmi turut melahirkan kebimbangan terhadap aktiviti kempen PRN Sabah yang menggunakan isu 3R iaitu raja, agama dan kaum dalam menarik hati pengundi.

“Ini tidak dibenarkan. Berkempenlah dengan sihat. Gunakanlah hujah dengan cerdik, cerdas dan sudah pasti kita tidak mahu sampai tindakan yang akan merosakkan keharmonian serta perpaduan dalam masyarakat.

“MCMC dan Kementerian Komunikasi akan bertindak sekiranya mempunyai aduan terhadap sebarang kempen yang menggunakan isu 3R. Jangan lagi gunakan isu ini. Ia hanya senjata yang makan tuan, tidak elok untuk negara dan demokrasi,” katanya.

Related Posts

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan komitmennya untuk memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Ampang dan Pandan. Selain itu Penasihat Kanan Politik kepada Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

AMPANG – Pandan kini menjadi ‘Parlimen angkat’ baharu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perkembangan terbaharu melibatkan kepimpinan cabang berkenaan. Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam