Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan komitmennya untuk memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Ampang dan Pandan.

Selain itu Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri itu mahu memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diberi mandat sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua.

Beliau berkata, kehadirannya di kawasan itu adalah bagi menjalankan amanah Perdana Menteri dengan sokongan penuh kepada Menteri Besar Selangor, sekali gus membantu memperkukuhkan parti di peringkat akar umbi.

“Yang utama sekali bekerja keras untuk memastikan Yang Amat Berhormat terus menjadi Perdana Menteri untuk penggal kedua.

“Insya-Allah dengan sokongan teman-teman, saya akan mengalas tugas tanpa memilih latar belakang, agama mahupun warna kulit,” katanya ketika berucap pada Himpunan Setia Keadilan Pandan, pada Sabtu.

Hadir sama Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari.

Zafrul berkata, keluarganya telah lama menetap di kawasan Ampang Jaya sebelum kawasan itu dipecahkan kepada Ampang dan Pandan.

Sehubungan itu, katanya beliau mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat setempat.

Beliau turut mengakui dirinya masih baharu dalam politik dan memerlukan teguran serta bimbingan daripada rakan-rakan perjuangan.

“Saya bukan yang terbaik, tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk mengetuk setiap rumah rakyat yang memerlukan pertolongan.

“Saya perlukan teguran dan bimbingan daripada teman-teman. Jangan bimbang untuk membetulkan apa yang saya buat salah ataupun jika ada perbezaan pendapat dengan saya,” katanya.

Tambah beliau, perbezaan pandangan tidak seharusnya memecah-belahkan perjuangan parti kerana semua pihak masih mempunyai matlamat yang sama.

“Walaupun tidak bersetuju dengan saya, saudara tetap teman saya dalam perjuangan,” ujarnya.

Beliau turut menyeru seluruh jentera parti untuk bersama-sama menjelajah kawasan Ampang dan Pandan bagi mendekati rakyat serta memahami keperluan mereka.

Tengku Zafrul sah menyertai PKR dan nama beliau disebut-sebut sebagai antara calon utama untuk kerusi Parlimen Pandan susulan peralihan hala tuju politik penyandangnya Datuk Seri Rafizi Ramli.

Rafizi telah mengumumkan hasrat keluar daripada PKR dan menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada PRK akan diadakan di Parlimen Pandan berikutan kedudukan kerusi itu.

Related Posts

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya mematuhi tempoh berkempen yang berakhir pada jam 11.59…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, serangan pembangkang terhadap Kerajaan MADANI lebih banyak bersandarkan persepsi berbanding fakta kerana kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya