Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

KUANTAN – Seramai 20 penduduk FELDA Sungai Tekam Utara, dekat Jerantut menerima sumbangan Bakti Negeri (BN) Pahang, petang ini.

Sumbangan itu diserahkan kepada penerima oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud mewakili Penyelaras Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Norsarfinaz Mohd Azman.

Penyampaian sumbangan itu dilakukan dalam majlis ringkas dan turut dihadiri pemimpin setempat.

Razak dalam ucapannya memaklumkan, bantuan BN Pahang hasil inisiatif kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sudah mula diagihkan sejak awal bulan ini.

“Ia diserahkan kepada penerima secara berfasa dan hari ini giliran penduduk di FELDA Sungai Tekam Utara menerima sumbangan BN Pahang,” katanya.

Program BN Pahang adalah antara usaha kerajaan negeri membantu rakyat yang terjejas susulan konflik di Asia Barat.

Related Posts

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

KUANTAN – Seramai 28 pelajar daripada Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang (MAMPAN) menyertai Misi Kasih Keluarga MAMPAN Bersama Komuniti di FELDA Lepar Hilir 3, semalam. Program itu membabitkan 14 keluarga angkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

ALOR SETAR – Cubaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyeludup masuk dadah disyaki bunga ganja bernilai kira-kira RM1.17 juta dari negara jiran gagal. Suspek ditahan ketika dalam pemeriksaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian