Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

AMPANG – Pandan kini menjadi ‘Parlimen angkat’ baharu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perkembangan terbaharu melibatkan kepimpinan cabang berkenaan.

Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) akan mengambil alih sementara pentadbiran Cabang Pandan dan Ampang selama satu hingga tiga bulan.

Menurut beliau, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Anwar, manakala pengurusan di peringkat Parlimen Pandan dan Ampang akan turut dipantau oleh Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Pejabat Perdana Menteri akan pantau dan Pandan menjadi Parlimen angkat baharu Perdana Menteri.

“Kita nak susun semula pusat khidmat, jentera dan pengurusan supaya semuanya kembali stabil,” katanya ketika berucap pada Himpunan Setia Keadilan Pandan yang turut dihadiri Zafrul, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, langkah itu bertujuan memastikan gerak kerja parti terus berjalan lancar selain menyusun semula pusat khidmat, jentera dan pengurusan di kedua-dua kawasan terbabit.

“Saya menyeru anggota parti memberi ruang kepada kepimpinan untuk menguruskan keadaan serta menegaskan PKR mempunyai pengalaman luas dalam berdepan pelbagai cabaran termasuk sabotaj dalaman dan serangan politik.

“Parti ini sudah melalui pelbagai ujian, tetapi semangat ahli dan idealisme perubahan menjadikan kita terus bertahan sehingga berjaya menjadi kerajaan hari ini,” katanya.

Dalam pada itu Amirudin menegaskan, kekuatan PKR terus bertahan kerana parti itu dibina atas gagasan reformasi dan perubahan negara, bukannya semata-mata untuk merebut jawatan politik.

Beliau berkata, sokongan daripada MPN, pimpinan cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR memberi ruang kepada parti untuk terus melaksanakan agenda reformasi walaupun kini berada dalam kerajaan perpaduan yang memerlukan rundingan bersama parti-parti gabungan lain.

“PKR berjaya bertahan lebih dua dekad walaupun pernah mengalami kekalahan teruk kerana perjuangan parti itu berasaskan idealisme perubahan untuk negara.

“Parti ini tumbuh dan besar dengan gagasan yang besar. Bukan sekadar nak letak siapa jadi Perdana Menteri atau siapa jadi ahli Parlimen, tetapi bagaimana kita nak lakukan perubahan untuk negara,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menyentuh tindakan beberapa pemimpin yang keluar parti sebelum ini namun menegaskan PKR tetap mampu bergerak ke hadapan.

“Ramai pemimpin termasuk bekas Timbalan Presiden, Menteri Besar, Ketua AMK dan Ketua Wanita pernah meninggalkan parti, namun PKR terus kukuh dan mencatat kemenangan lebih besar dalam pilihan raya.

“Ada yang keluar parti beramai-ramai, tetapi Alhamdulillah parti ini terus mara. Kalau rasa ada perjuangan lebih besar, teruskan secara sihat, tetapi jangan rosakkan perjuangan yang sedang kita bina,” katanya.

Related Posts

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

SEREMBAN – Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sehingga baginda memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Pengelola…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

PENDEKATAN Kerajaan MADANI dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2027 yang memberi penekanan kepada kebajikan rakyat, peningkatan pendapatan dan kos sara hidup disifatkan sebagai langkah penting bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala