Sarawak tubuhkan SBB, wajibkan amalan bangunan hijau – Timbalan Premier

KUCHING – Sarawak melakar sejarah baharu dalam sektor pembinaan apabila kerajaan negeri mengumumkan penubuhan Sarawak Building Board (SBB) dan mewajibkan pelaksanaan amalan bangunan hijau melalui Rang Undang-Undang Bangunan (Pindaan) 2025.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, pindaan tersebut merupakan langkah penting bagi memastikan regulasi serta standard pembangunan di Sarawak kekal moden, selamat dan selaras dengan keperluan global.

Beliau juga merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, SBB akan berfungsi sebagai badan penyelaras utama industri pembinaan di negeri itu, termasuk memastikan keseragaman amalan teknikal antara pihak berkuasa tempatan dan pematuhan kepada standard nasional serta antarabangsa.

“Sarawak Building Board Fund turut diwujudkan bagi menyokong penyelidikan, latihan, pembangunan sistem digital dan inisiatif bangunan hijau yang akan meningkatkan kualiti serta keselamatan persekitaran binaan,” ujarnya ketika membentangkan rang undang-undang itu di Dewan Undangan Negeri pada Selasa.

Dalam masa sama, Dr. Sim menegaskan bahawa Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia yang memperkenalkan kerangka undang-undang khusus untuk mengawal selia bangunan hijau dan pensijilannya.

Katanya, semua projek pembangunan kelak diwajibkan mematuhi alat penarafan bangunan hijau yang diluluskan, sementara badan pensijilan serta pengamal bangunan hijau perlu berdaftar dengan lembaga berkenaan.

Beliau menambah, pelantikan Registrar dan Timbalan Registrar Bangunan Hijau akan memastikan proses pensijilan lebih teratur, telus dan boleh dipertanggungjawabkan.

“Langkah ini bukan sahaja meningkatkan standard pembinaan, malah menyokong aspirasi Sarawak ke arah ekonomi hijau dan bandar pintar yang lebih mampan,” katanya lagi.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan