Kampung Ulu Sungai dilanda banjir kilat

KUANTAN – Seramai 23 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Ulu Sungai, dekat Batu Talam, si sini, selepas kampung itu dilanda banjir kilat, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub memaklumkan, PPS berkenaan dibuka susulan hujan lebat berterusan dan limpahan air Sungai Lipis di Batu Malim, Raub.

“Setakat ini seramai 23 mangsa daripada 10 keluarga membabitkan 10 rumah berada di PPS.

“Seramai 23 mangsa itu termasuk lapan warga emas, empat kanak-kanak lelaki dan seorang orang kurang upaya (OKU),” kata JPBD Raub menerusi satu kenyataan.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub melakukan pemantauan di sepanjang sungai terbabit bersama agensi penyelamat lain.

Difahamkan, operasi memindahkan penduduk dilakukan APM Raub dengan kerjasama bomba dan agensi berkaitan sejak awal pagi tadi.

Menerusi Info Banjir Pahang, Sistem Pengoperasian Hidrologi Telemetri Negeri, paras air Sungai Lipis di Batu Malim, Raub melepasi paras normal iaitu 113.53 meter berbanding 113.20 meter setakat jam 8 pagi, hari ini.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai