Penduduk dakwa gajah berkeliaran di Sungai Asap

GUA MUSANG – Lebih 50 penduduk kawasan Perumahan Kakitangan Kesedar Sungai Asap B, di sini, digemparkan dengan kemunculan seekor gajah liar yang berkeliaran di hadapan stor simpanan baja kawasan itu, malam tadi.

Penduduk mendakwa kemunculan gajah itu kali pertama di lihat di kawasan terbabit dan berada hanya sejauh kira-kira 50 meter dari rumah penduduk.

Penduduk, Zamri Abdul Manan, 40, berkata, dia menyedari kejadian terbabit kira-kira jam 10 malam.

Sejak lebih 10 tahun tinggal di kawasan perumahan itu, dia tidak pernah melihat kemunculan gajah liar yang berkeliaran berhampiran penempatan penduduk.

“Kejadian ini sangat mengejutkan lebih 50 penduduk di kawasan perumahan ini kerana ini adalah pertama kali haiwan liar muncul di kawasan penempatan penduduk.

“Gajah terbabit mungkin tersesat dan masuk ke penempatan penduduk.

“Saya melihat sendiri gajah liar terbabit berada di kawasan stor baja hampir dua jam.

“Semalam saya tidak tidur kerana bimbang gajah terbabit akan kembali ke kawasan perumahan penduduk.

“Sekitar jam 4 pagi saya masih melihat gajah terbabit di kawasan semak di hadapan rumah yang jaraknya hanya 50 meter dari rumah,” katanya ketika ditemui Berita Harian.

Penjawat awam, Mohd Remy Rosmadi, 29, berkata dia dimaklumkan mengenai kemunculan gajah liar itu sekitar jam 10 malam.

Katanya, kemunculan gajah liar ini menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kerana ia berhampiran kawasan perumahan.

“Saya harap tindakan segera dapat diambil pihak berwajib untuk menjamin keselamatan kami di sini,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang melawat lokasi kejadian menasihatkan penduduk untuk sentiasa berhati-hati dan tidak menghampiri haiwan liar itu.

“Aduan sudah dibuat kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan saya harap penduduk di sekitar kawasan terbabit sentiasa berwaspa dan berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata, Pengarah Perhilitan Kelantan, Mohamad Hafid Rohani juga memaklumkan pihaknya sudah menerima aduan dan menyiasat di lokasi kejadian.

Related Posts

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

MIRI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di daerah Miri dan merampas 55 kilogram (kg) dadah methamphetamine dianggarkan bernilai RM2.75 juta dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar