Sarawak laksana pendidikan tinggi percuma mulai 2026, 64 program Ijazah ditanggung penuh

KUCHING – Bermula 2026, semua anak Sarawak yang melanjutkan pengajian di universiti milik kerajaan negeri bakal menikmati pendidikan tinggi percuma di bawah Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES), satu inisiatif besar yang menandakan perubahan struktur dalam akses pendidikan tinggi negeri ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2026 berkata, skim tersebut dirangka untuk memastikan peluang ke universiti bergantung kepada merit dan kemampuan akademik, bukan kedudukan kewangan keluarga.

Menurut beliau, selepas rundingan bersama universiti milik negeri serta Yayasan Sarawak, sebanyak 64 program ijazah sarjana muda telah dikenal pasti untuk dimasukkan di bawah skim itu.

“Langkah ini dijangka meluaskan akses pendidikan tinggi kepada lebih ramai pelajar yang berpotensi,” ujar beliau.

Bagi tujuan pelaksanaan FTES, katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM250 juta pada tahun 2026 sebagai komitmen untuk menanggung sepenuhnya yuran pengajian pelajar Sarawak.

Inisiatif ini dilihat sebagai usaha berani kerajaan negeri untuk membina tenaga kerja masa depan yang berpengetahuan, kompeten dan bersedia menghadapi permintaan ekonomi baharu.

Skim ini juga diyakini dapat mengurangkan beban hutang pendidikan serta membuka lebih banyak ruang mobiliti sosial kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan pelaksanaan FTES, Sarawak dilihat sebagai negeri pertama yang mengambil langkah strategik menyediakan pendidikan tinggi percuma secara menyeluruh di institusi pengajian milik negeri. 

Ini sekali gus mengukuhkan aspirasi kerajaan Sarawak untuk melahirkan generasi muda yang mampu memacu pembangunan negeri ke tahap lebih tinggi.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat