Urang Sabah mula tolak Warisan selepas anak saudara Shafie Apdal terbukti rasuah

KOTA KINABALU – Parti Warisan berdepan tamparan besar susulan sabitan rasuah melibatkan bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham,  yang juga merupakan anak saudara kepada Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Saifullah, 34, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM8.8 juta selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis mendapati beliau bersalah terhadap lapan pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.77 juta berkaitan tender perkhidmatan pengiklanan kementerian berkenaan pada 2018.

Menurut sumber dalaman Warisan, keputusan itu dianggap tamparan paling memalukan kepada parti yang selama ini lantang mendakwa memperjuangkan integriti serta ketelusan dalam pentadbiran.

“Ini bukan sekadar kes peribadi. Ia mencalarkan imej parti secara langsung. Lebih ironi, sehari sebelum keputusan mahkamah pada 19 November,  Shafie membuat kenyataan bahawa Warisan akan menghapuskan rasuah sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan dalam PRN ke-17.

“Selepas sahaja Mohd Saifullah dijatuhkan hukuman, kami ketika ini dipandang oleh rakyat sebagai parti yang mengamalkan rasuah sampai ada yang melaungkan Warisan parti rasuah selepas kami memperkenalkan diri ketika berkempen,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Apa yang lebih meresahkan, sumber memaklumkan, perbuatan tersebut dilakukan Mohd Saifullah ketika beliau baru berumur 28 tahun, sesuatu yang dilihat boleh memberi mesej songsang kepada golongan muda.

“Jika pemimpin muda yang paling hampir dengan kepimpinan parti pun terpalit rasuah jutaan ringgit, rakyat tertanya-tanya… apa lagi yang berlaku di balik tabir era pentadbiran Warisan,” katanya.

Tambahnya, hasil turun di lapangan mendapati ramai penduduk meluahkan rasa kecewa dan mempersoalkan tindakan Mohd Saifullah sehingga ada yang menyifatkan perbuatan itu sebagai mencerminkan budaya politik parti tersebut.

“Sebelum ini kita menyakini urang Sabah berpihak kepada Warisan namun disebabkan ini slogan kita perjuangkan rakyat dianggap sebagai tin kosong kerana akhirnya pemimpin kami tetap ‘seluk’ poket rakyat.

“Sabitan itu turut menghidupkan kembali persoalan masyarakat awam terhadap rekod integriti pemimpin Warisan.

“Ini khususnya selepas Shafie sendiri pernah direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika disiasat berhubung dakwaan salah guna RM1.5 bilion peruntukan luar bandar semasa mengetuai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), walaupun beliau tidak pernah didakwa,” katanya.

Terdahulu, hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin mengenakan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal mematahkan anggapan Seksyen 50(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas imbangan kebarangkalian.

Sepanjang prosiding, Mohd Saifullah, 34, yang berkot biru dan berada dalam kandang tertuduh, menangis teresak-esak ketika Suzana mensabitkan dan menjatuhkan hukuman berkenaan.

Suzana turut memerintahkan Mohd Saifullah yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Datuk Mohamaddin Ketapi, dipenjara tujuh tahun jika gagal membayar jumlah denda terbabit.

Hukuman ke atas Mohd Saifullah kini dilihat sebagai ujian besar kepada kepimpinan Warisan dalam mendepani isu integriti menjelang PRN17 Sabah, selain menuntut jawapan jelas daripada Shafie berhubung kedudukan moral dan masa depan parti itu.

Related Posts

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Johor kali ini bukan sahaja memperlihatkan persaingan antara parti-parti politik, malah membuka lembaran baharu dalam landskap pembangkang apabila Pas dilaporkan menggesa penyokongnya memberikan sokongan kepada calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan

SHAH ALAM – Pengumuman tambang percuma selama sebulan bagi Laluan Rel Transit 3 (LRT3) Shah Alam disambut positif oleh orang ramai yang melihat kemudahan baharu itu mampu menjimatkan kos perjalanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

Program KAWAN JKOM perkukuh jaringan kerjasama kerajaan, masyarakat Bawang Assan

Bomba Komuniti benteng awal cegah kebakaran di Limbang

Bomba Komuniti benteng awal cegah kebakaran di Limbang

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

Ngiling Bidai PDMK cerminan keharmonian budaya Dayak dan keluhuran syariat Islam

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan