Kastam Sarawak gagalkan cubaan edar pil ecstasy RM318,000

KUCHING – Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak menggagalkan cubaan sindiket mengedar dadah jenis pil ecstasy (MDMA) bernilai RM318,000 dalam satu pemeriksaan di sebuah syarikat kurier di Jalan Datuk Tawi Sli.

Dalam operasi yang dijalankan pada 27 Oktober lalu kira-kira jam 2 petang itu, pihak kastam menemukan satu bungkusan di ruangan barangan tidak dituntut mengandungi 6,360 biji pil ecstasy dengan berat kasar 1,908 gram. 

Menurut kenyataan JKDM, dadah berbahaya tersebut disenaraikan di bawah Bahagian I, Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sekurang-kurangnya 15 sebatan jika sabit kesalahan. 

Taktik sindiket dipercayai menggunakan maklumat penerima palsu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa selain cuba menyeludup melalui penghantaran darat menggunakan perkhidmatan kurier. 

Pengarah Kastam Negeri Sarawak, Datuk Norizan Yahya berkata, kerjasama orang awam amat penting dalam usaha memerangi penyeludupan yang bukan sahaja merugikan negara malah mengancam keselamatan masyarakat.

Beliau menyeru orang ramai menyalurkan maklumat melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff