Warga emas maut atas lori tangki simen

KUCHING – Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di atas sebuah lori tangki membawa muatan simen di Paragon Batu Kawa pada pagi Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.10 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dikerahkan ke lokasi, kira-kira sembilan kilometer dari balai.

Mangsa dikenali sebagai Chin Choo Kiong, 73, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri serta mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala ketika berada di atas lori berkenaan.

Komander Operasi, PBK I Rahman Abang Deni berkata, pihaknya menggunakan bantuan sebuah forklift untuk menurunkan mangsa dari atas lori tersebut.

“Sebaik diturunkan, mangsa diperiksa oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan telah meninggal dunia di lokasi. Jasadnya kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Operasi melibatkan 10 anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu unit Emergency Medical Rescue Services (EMRS). Ia ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.30 pagi.

Turut membantu di lokasi ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat