4 individu ditahan, polis rampas dadah RM41,017 di Kuching

KUCHING – Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita dalam dua serbuan berasingan melibatkan rampasan dadah jenis methamphetamine bernilai lebih RM41,000 di sekitar bandar ini. 

Dalam serbuan pertama pada 18 November lalu kira-kira jam 10.45 malam, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak menahan seorang lelaki berusia 38 tahun dan seorang wanita 26 tahun di tepi Jalan Borneo. 

Pemeriksaan mendapati dua peket plastik mengandungi dadah disyaki methamphetamine seberat 7.02 gram yang dianggarkan bernilai RM772. 

Ujian saringan awal air kencing menunjukkan kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, selain masing-masing mempunyai satu rekod jenayah lampau. 

Mereka direman dua hari sehingga 21 November bagi siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Dalam serbuan kedua pada 19 November jam 4.15 petang pula, JSJN menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 33 dan 41 tahun di Jalan Tun Jugah. 

Polis menemukan satu bungkusan plastik mengandungi dadah disyaki methamphetamine seberat 1,059.10 gram dengan nilai pasaran RM40,245.80.

Suspek pertama didapati negatif dadah, manakala yang kedua positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. 

Semakan mendapati seorang daripada mereka tidak mempunyai rekod jenayah, manakala seorang lagi mempunyai empat rekod lampau. 

Kedua-duanya direman tujuh hari sehingga 27 November bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan. 

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kejayaan itu merupakan hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah. 

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti dadah. Dadah adalah musuh nombor satu negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis malam. 

Beliau turut menggesa orang ramai terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan dadah melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 921.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP