Shafie perkecil calon bebas, ‘nafsu saja mahu jadi YB’

SIPITANG – Pengerusi Parti Warisan, Datuk Shafie Apdal menyindir serta memandang rendah terhadap calon bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah dengan mendakwa mereka tidak memiliki rancangan jelas untuk rakyat.

Shafie menyatakan bahawa tindakan bertanding sebagai calon bebas bukanlah satu jalan yang mampu membawa pembentukan kerajaan.

“Tidak tanding UMNO, tidak tanding PKR, tidak tanding parti-parti GRS, tanding bebas.

“Apa bebas punya rancangan ini? Adakah dalam dunia setiap pilihan raya bebas boleh memerintah? Tidak ada itu.

“Yang kita pilih dalam pilihan raya ini kerajaan, bukan bebas,” katanya ketika berucap dalam ceramah Parti Warisan Bersama DSSA di Padang Topten, di sini pada Khamis.

Beliau turut menyifatkan calon bebas hanyalah keinginan peribadi untuk bergelar wakil rakyat.

“Apa rancangan bebas? Nafsu saja mahu jadi YB,” katanya.

Pada 15 November lalu semasa Hari Penamaan calon seluruh Negeri Sabah, merekodkan 596 calon daripada pelbagai parti politik disahkan bertanding pada PRN17 Sabah angka tertinggi dalam sejarah pilihan raya.

Daripada jumlah itu, calon bebas merupakan kategori paling ramai dengan 74 individu menyerahkan borang pencalonan untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Related Posts

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-149 hari ini menumpukan perbincangan terhadap pelbagai strategi bagi menangani ketidaktentuan global yang semakin mencabar susulan konflik yang berlarutan di Asia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

KENYATAAN Presiden Pas dalam tulisan Minda Presiden bertajuk ‘Pas tidak pisahkan politik daripada Islam (Al-Din)’ yang menjelaskan keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu atas alasan pelanggaran prinsip syariah, kemungkaran politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat