300 ahli Warisan Sepanggar umum keluar parti, sertai GRS

KOTA KINABALU – Politik Sepanggar kembali berubah apabila seramai 300 ahli Parti Warisan mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat (PGRS) komponen utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam sebuah majlis di Kampung Kalansanan, pada Selasa.

Gerakan itu diketuai bekas Ahli Jawatan Kuasa Warisan Sepanggar, Sabar Dasad, yang menyatakan penghijrahan itu dilakukan selepas hilang keyakinan terhadap hala tuju kepimpinan di peringkat bahagian Warisan.

Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Mohamed Razali Razi berkata,petanda awal ini memperlihatkan bahawa ‘trend’ sokongan di kawasan ini mula mengalih arah.

“Ini bukan keputusan kecil. Sabar sudah sembilan tahun bersama Warisan anda boleh nampak kejujurannya.

“Keputusan ini lahir daripada penilaian jujur tentang masa depan politik Sepanggar dan Darau,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Katanya, tindakan itu mencerminkan perubahan sentimen akar umbi yang mahukan kepimpinan lebih efektif dan berorientasikan pembangunan.

“Sabar melihat sendiri kerja yang dibuat GRS. 

“Dia yakin GRS adalah pemacu terbaik untuk membawa perubahan dan pembangunan di Darau,” ujarnya.

Dalam pada itu, Razali menepis dakwaan di media sosial yang melabelkan GRS sebagai ‘kerajaan gagal’ sambil menjelaskan bahawa rekod pentadbiran negeri menunjukkan yang terbaik..

“Yang gagal ialah mereka yang hanya bercakap. Kita bekerja, kita menyampaikan.

“Beza kita dan mereka ialah kerja, bukan retorik,” tegasnya.

Mengulas lanjut, kemungkinan gelombang seterusnya keluar parti akan berlaku, Razali mengakui terdapat kumpulan lain yang menunggu masa sesuai untuk membuat pengumuman.

“Ada lagi tapi bukan masa untuk dedahkan, strategi politik.

“Malam ini sahaja sudah ada tambahan 200 hingga 300 orang,” ujarnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan