Belgium mengamuk, belasah Liechtenstein 7-0

BELGIUM membelasah Liechtenstein 7-0 untuk mengesahkan tempat ke Piala Dunia tahun depan, sekali gus mengakhiri kempen kelayakan tanpa kalah.

Kemenangan kelima daripada lapan perlawanan menyaksikan Belgium meraih 18 mata di puncak Kumpulan J, dua mata mengatasi naib juara Wales, sekali gus mengesahkan tiket ke kejohanan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Jeremy Doku dan Charles De Ketelaere masing-masing meledak dua gol, manakala Hans Vanaken, Brandon Mechele dan Alexis Saelemaekers turut menjaringkan gol ketika tuan rumah mengamuk dengan empat jaringan dalam tempoh tujuh minit babak kedua.

Belgium akan beraksi pada pusingan akhir Piala Dunia buat kali ke-15, selepas dua kali mara ke separuh akhir.

Belgium sebelum ini dikritik kerana gagal melayakkan diri lebih awal selepas seri 1-1 dengan Kazakhstan pada Sabtu lalu, namun keputusan awal pagi tadi memadam kekecewaan itu.

Related Posts

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

MANCHESTER City menafikan laporan mengaitkan bintang mereka, Erling Haaland, dengan perpindahan ke Real Madrid dan menegaskan bahawa mustahil untuk perpindahan itu berlaku. Haaland terus menjadi antara pemain paling diburu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hojlund rasmi sertai Napoli

JUARA Serie A, Napoli melengkapkan perpindahan tetap penyerang Denmark, Rasmus Hojlund dari Manchester United dengan nilai 50 juta euro (RM232 juta) selepas aksi cemerlangnya sepanjang tempoh pinjaman musim lalu. Kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai