Jenayah berat babit pelajar membimbangkan, titah Sultan Ibrahim

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, kes jenayah berat membabitkan pelajar kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan mengenai tahap moral, agama dan watak golongan itu.

Seri Paduka Baginda, yang juga Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertitah, kes sedemikian juga menyebabkan imej institusi pendidikan negara tercalar.

Sultan Ibrahim bertitah, sekolah dan institusi pengajian perlu melalui revolusi pendidikan dengan menitikberatkan elemen kemanusiaan, moral serta kawalan emosi selain kesedaran undang-undang.

“Menerusi cara ini, kita akan dapat membentuk sebuah generasi masa hadapan yang berdisiplin serta saling menghormati antara satu dengan yang lain,” titah Seri Paduka Baginda, lapor Bernama.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-103 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, hari ini.

Turut berangkat Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, yang juga Pro-Canselor UiTM.

Sultan Ibrahim bertitah, usaha menangani perkara itu adalah tanggungjawab sosial yang melangkaui batas bilik darjah.

Titahnya, pendidikan dan pembentukan moral tidak hanya berlaku di kampus atau bilik darjah, sebaliknya perlu bermula dari rumah dan dalam setiap kehidupan seharian.

“Rumah adalah madrasah pertama bagi setiap insan, tempat di mana anak-anak kita semenjak dari kecil dididik dengan nilai mulia, disiplin dan tanggungjawab kepada masyarakat,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim juga mengingatkan agar anak-anak perlu dididik untuk menggunakan kemajuan dunia siber dengan berhemah kerana pendedahan kepada kandungan ganas yang berterusan boleh meningkatkan sifat agresif dalam kalangan remaja.

Seri Paduka Baginda bertitah, namun sekatan penggunaan teknologi digital terhadap pelajar tidak akan menyelesaikan masalah, malah hanya akan mengganggu ekosistem pelajaran secara digital dan jarak jauh.

“Hakikatnya, tiada jalan singkat bagi menangani masalah sosial dalam kalangan pelajar dan golongan remaja, ia memerlukan usaha padu semua pihak bermula dari rumah, sekolah, masyarakat, ahli politik dan kerajaan,” titah Sultan Ibrahim.

Terdahulu, istiadat konvokesyen itu – yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin – menyaksikan 32,630 graduan menerima diploma serta ijazah dalam pelbagai bidang.

Related Posts

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) menolak gesaan supaya Parlimen dibubarkan susulan tawaran peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dengan menegaskan kestabilan kerajaan bergantung kepada mandat dan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi