Hutang luar negara Malaysia kekal dalam julat selamat – MoF

MALAYSIA berada pada kedudukan kukuh dalam menguruskan hutang luar negara, dengan indikator utama menunjukkan risiko kekal terkawal meskipun persekitaran ekonomi global mencabar.

Menurut Kementerian Kewangan (MoF), profil hutang luar serta tahap rizab antarabangsa semasa terus menyokong kestabilan kewangan negara.

Risiko hutang luar negara Malaysia secara keseluruhannya kekal terkawal, disokong oleh profil tempoh matang serta komposisi mata wang yang stabil, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

MoF memaklumkan bahawa setakat akhir suku ketiga 2025, jumlah hutang luar negeri negara adalah sebanyak RM1.4 trilion atau 69.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), iaitu paras yang dinilai selamat dan tidak menjejaskan prospek ekonomi.

“Berdasarkan Rangka Kerja Kemampanan Hutang oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), risiko hutang luar negeri boleh memudaratkan jika disertai dengan saiz hutang jangka pendek yang besar, pendedahan yang tinggi terhadap pinjaman dalam mata wang asing serta defisit dalam akaun semasa imbangan pembayaran.

“Risiko ini tidak wujud dalam konteks Malaysia. Dari segi tempoh matang hutang, sebanyak 56.9 peratus hutang luar negeri setakat akhir suku ketiga 2025 terdiri daripada hutang jangka sederhana dan panjang, justeru mengurangkan risiko pembiayaan semula,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Jawapan itu dikemukakan bagi menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN–Larut) mengenai langkah konkrit kerajaan dalam memastikan kemampuan negara mengurus hutang luar, berikutan rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga Ogos 2025 hanya berupaya menampung 4.8 bulan keperluan import dan 0.9 kali hutang luar jangka pendek.

MoF menjelaskan bahawa rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$123.8 bilion (RM521.6 bilion) sehingga 31 Oktober lalu, melebihi paras ambang kecukupan minimum antarabangsa iaitu tiga bulan keperluan import dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Katanya, rizab antarabangsa kekal mencukupi pada 104 peratus berdasarkan metrik Penilaian Kecukupan Rizab (ARA) oleh IMF, yang menilai kecukupan rizab daripada pelbagai dimensi.

Kementerian itu menegaskan bahawa hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan kekal kecil dan rendah, merangkumi kurang tiga peratus daripada jumlah hutang luar negeri dalam denominasi mata wang asing.

Sebahagian besar hutang kerajaan pula didenominasikan dalam ringgit, sekali gus mengurangkan risiko ketidakpadanan mata wang.

“Bagi Malaysia, rizab antarabangsa bukan satu-satunya cara untuk memenuhi obligasi luaran, seperti pembayaran balik hutang luar negeri.

“Antaranya, susulan liberalisasi dasar pertukaran asing secara berperingkat, syarikat korporat dan institusi kewangan Malaysia sudah membina pegangan aset luar negeri bukan rizab yang besar, yang boleh digunakan untuk memenuhi komitmen kewangan dalam mata wang asing tanpa bergantung sepenuhnya kepada rizab antarabangsa,” katanya.

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Abu Bakar bersara dari Wellspire Holdings

KUALA LUMPUR – Wellspire Holdings Bhd memaklumkan pengerusi bebas bukan eksekutifnya, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Tengku Abdullah, bersara daripada lembaga pengarah syarikat. Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

Kemalangan 10 kenderaan, polis siasat dakwaan pemandu diserang sawan

Kemalangan 10 kenderaan, polis siasat dakwaan pemandu diserang sawan

Maritim Malaysia Tawau tumpas penyeludupan rokok terbesar, rampasan termasuk kapal lebih RM65.7 juta

Maritim Malaysia Tawau tumpas penyeludupan rokok terbesar, rampasan termasuk kapal lebih RM65.7 juta

BUDI MADANI: Ahli Parlimen Stampin gesa kuota Sarawak dinaikkan kepada 500 liter

BUDI MADANI: Ahli Parlimen Stampin gesa kuota Sarawak dinaikkan kepada 500 liter