Gum-Gum, Sindumin dan Merotai fokus utama jentera PH hadapi PRN17 Sabah – Saifuddin

SANDAKAN – DUN Gum-Gum, Sindumin dan Merotai muncul sebagai tiga kawasan tumpuan utama jentera PKR dan Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Setiausaha Agung PH, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR meletakkan keyakinan tinggi untuk mempertahankan kemenangan di dua kerusi tradisi Inanam dan Api-Api yang telah memberi kemenangan dua penggal berturut-turut kepada parti itu.

“Siri tinjauan, data lapangan dan maklum balas terhadap kempen yang dijalankan sejak sebelum penamaan calon menunjukkan bahawa Gum-Gum berada dalam kategori kerusi berpotensi cerah untuk dimenangi.

“Fokus PKR kali ini ialah mempertahankan dua kerusi sedia ada dan pada masa sama menambah kemenangan di beberapa kawasan, termasuk Gum-Gum yang menjadi tumpuan utama selain Sindumin dan Merotai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media semasa program Sembang Santai bersama calon PH Gum Gum, di Batu 8, di sini pada Selasa.

Saifuddin berkata, pemilihan calon yang mampu mengekalkan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan adalah faktor penting bagi memastikan urusan pembangunan negeri berjalan lancar.

Katanya, banyak isu berkaitan infrastruktur seperti bekalan elektrik dan air hanya dapat diselesaikan dengan hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang stabil.

Beliau turut menjelaskan bahawa Sabah menerima peningkatan ketara dalam bajet pembangunan 2025 berjumlah RM6.9 bilion, selain pemberian khas tertinggi setakat ini iaitu RM600 juta.

Mengulas keputusan mahkamah berkaitan tuntutan 40 peratus hasil bersih ‘net revenue’ Sabah, beliau memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menyatakan komitmen untuk menghormati keputusan tersebut tanpa rayuan, dan rundingan awal telah dimulakan antara kerajaan negeri serta kerajaan pusat.

Saifuddin turut menekankan potensi besar Sabah dalam sektor pelancongan, merujuk antaranya pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai projek pembesaran Lapangan Terbang Tawau bernilai hampir RM200 juta bagi menampung peningkatan penerbangan antarabangsa, khususnya dari China.

Dari sudut keselamatan pula, beliau berkata, kerajaan sedang meningkatkan keseluruhan aspek kawalan terutama di pantai timur Sabah, bagi memastikan pembangunan politik, ekonomi dan kesejahteraan rakyat dapat dicapai.

“Secara keseluruhan, kempen ini memberi peluang kepada rakyat Sabah untuk menilai parti dan gabungan yang mampu membentuk kerajaan negeri dengan kerjasama kukuh bersama kerajaan Persekutuan.

“Hanya melalui keserasian ini, isu infrastruktur dan agenda tertangguh dapat diselesaikan dengan baik,” ujarnya.

Related Posts

Penipuan dalam talian semakin kompleks, liputan kempen kesedaran perlu diperluas

PETALING JAYA – Kes penipuan dalam talian (scam) yang semakin kompleks memerlukan usaha berterusan demi memperkasa tahap kesedaran dan pemahaman rakyat agar tidak mudah menjadi mangsa golongan terbabit. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Syarikat telco diminta jelaskan isu ratusan nombor atas satu nama – Fahmi

PETALING JAYA – Syarikat telekomunikasi (telco) yang didakwa mendaftarkan jumlah talian secara berlebihan bagi tujuan penipuan atau scam wajib memberikan penjelasan berhubung perkara terbabit selewat-lewatnya petang ini. Menteri Komunikasi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

Kualiti udara merosot, sekolah di Kuching dan tiga daerah laksana PdPR

Kualiti udara merosot, sekolah di Kuching dan tiga daerah laksana PdPR

Angin kencang landa Limbang, sembilan lokasi terjejas pokok tumbang

Angin kencang landa Limbang, sembilan lokasi terjejas pokok tumbang

1,859 peserta sertai perarakan komponen ekonomi sempena Hari Kebangsaan 2026

1,859 peserta sertai perarakan komponen ekonomi sempena Hari Kebangsaan 2026

Penipuan dalam talian semakin kompleks, liputan kempen kesedaran perlu diperluas

Penipuan dalam talian semakin kompleks, liputan kempen kesedaran perlu diperluas