Trump rancang jual F-35 untuk Arab Saudi

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan rancangan untuk meluluskan penjualan jet pejuang F-35 kepada Arab Saudi, sekali gus menandakan perubahan besar dalam dasar Washington berhubung pemindahan senjata canggih ke negara Arab.

Pengumuman itu dibuat semalam di White House, sehari sebelum Putera Mahkota Mohammed bin Salman dijadualkan bertemu Trump.

“Kami akan menjual F-35,” kata Trump kepada media sambil memuji hubungan erat Washington-Riyadh.

“Ya, saya merancang untuk melakukannya. Mereka mahu beli. Mereka sekutu yang hebat,” tambahnya.

Langkah ini dilihat sebagai kemenangan besar buat Riyadh ketika Trump berusaha meyakinkan Arab Saudi untuk menjalin hubungan rasmi dengan Israel di bawah Perjanjian Abraham.

Bagaimanapun, keputusan itu mencetuskan kebimbangan mengenai usaha mengekalkan kelebihan ketenteraan Israel, yang termaktub dalam undang-undang AS.

Beberapa pegawai Israel sudah menyuarakan bantahan terhadap rancangan penjualan F-35 kepada Arab Saudi.

Prinsip mengekalkan kelebihan ketenteraan Israel mula diperkenalkan pada era Lyndon Johnson pada 1968 dan diperkuatkan oleh Ronald Reagan.

Ia menjadi dasar utama penjualan senjata AS di Asia Barat selama lebih empat dekad.

F-35 yang dihasilkan Lockheed Martin dianggap jet pejuang paling canggih di dunia dengan teknologi sukar dikesan radar musuh.

Related Posts

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

MOSCOW – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan dia menjalani peperiksaan kognitif tanpa sebarang kesilapan buat kali keempat dan mencatatkan keputusan yang sangat cemerlang. “Keputusan Pemeriksaan Fizikal saya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

WASHINGTON – Tahap keselamatan bekalan bahan api sepanjang musim panas yang menyaksikan permintaan memuncak dijangka berdepan risiko, jika penghantarannya melalui Selat Hormuz tidak kembali beroperasi seperti biasa. Amaran terbabit dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai