Dua lelaki ditahan, dadah RM774 dirampas di Stampin

KUCHING– Dua lelaki tempatan ditahan selepas polis menemukan dadah jenis methamphetamine bernilai RM774 dalam satu pemeriksaan di persimpangan Lorong Stampin pada Sabtu malam.

Dalam kejadian sekitar jam 4.50 petang itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Maong telah menahan kedua-dua suspek berusia 23 dan 31 tahun ketika melalui kawasan berkenaan sebelum menjalankan pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ASP Alexson Naga Chabu berkata, hasil pemeriksaan menemukan dua peket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki methamphetamine seberat 5.57 gram dan 1.47 gram.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM774. Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan pada Ahad malam.

Menurutnya, semakan rekod mendapati kedua-duanya tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan sebatan antara tiga hingga sembilan kali, jika sabit kesalahan.

“Kedua-dua suspek telah direman selama tiga hari bermula 17 hingga 19 November ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau menegaskan kejayaan itu adalah hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam. PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang. Dadah adalah musuh nombor satu negara,” tambahnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah boleh menyalurkannya melalui Hotline JSJN di 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017-592 9211.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak