Sarawak naik taraf jalan balak menjelang 2030 demi keselesaan penduduk luar bandar

MARUDI – Sarawak mengambil inisiatif menaik taraf semua jalan balak yang menghubungkan rumah panjang dan kampung di negeri ini serta menukarnya kepada jalan awam, bagi memastikan penduduk luar bandar menikmati akses yang lebih selamat dan selesa.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menjelaskan langkah ini adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri untuk membangunkan infrastruktur sendiri tanpa bergantung kepada pihak luar.

Beliau berkata, sebuah pasukan petugas khas yang diketuai Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, telah ditubuhkan bagi menyelaras dan memantau keseluruhan proses menaik taraf jalan balak di seluruh negeri.

“Kerajaan Sarawak tidak akan menunggu pihak lain. Projek ini akan dibangunkan dengan dana negeri sendiri, dan saya bertanggungjawab memastikan sumber kewangan tersedia untuk merealisasikannya,” katanya ketika merasmikan Projek Jalan Miri–Marudi, Marudi–Mulu (Kuala Melinau) serta Long Lama–Long Panai (MMMLL) di Marudi Industrial Light Area, pada Sabtu.

Menurut Abang Johari, projek MMMLL dijadikan model pembangunan jalan balak yang menghubungkan komuniti rumah panjang dan kampung di Baram. 

“Kesemua projek berkaitan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030, bagi memudahkan urusan harian penduduk luar bandar termasuk aktiviti ekonomi, pendidikan dan kesihatan,” ujarnya.

Dalam ucapannya, beliau turut menekankan penggunaan kaedah ‘elevated road’ atau jalan bertiang bagi memastikan struktur jalan lebih kukuh serta mengurangkan risiko kerosakan tanah.

Selain itu, projek ini turut memanfaatkan teknologi Highway Information Modeling (HIM) untuk melakukan simulasi digital awal, termasuk penilaian faktor hujan, angin dan keadaan tanah, sebelum pembinaan fizikal dimulakan, bagi memastikan perancangan lebih tepat dan berkesan.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu