Kerajaan hormati kebebasan media, tidak beri tekanan

KERAJAAN menegaskan komitmen untuk menghormati kebebasan media dengan tidak menekan atau mengambil tindakan terhadap mana-mana organisasi berita walaupun terdapat laporan yang tidak sehaluan dengan pendirian kerajaan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, pendekatan kerajaan hari ini berbeza daripada amalan terdahulu kerana kerajaan lebih terbuka menyatakan pandangan tanpa menyekat kebebasan media.

“Kalau kerajaan ambil tindakan panggil MalaysiaKini untuk rekod kenyataan, saya percaya sebelah sana juga akan berdiri dan tuduh kerajaan kerana tak hormat kebebasan media.

“Jadi walaupun ada artikel, kandungan yang kita tidak setuju, kita kurang setuju, kita menyatakan pendirian kita dan tak semestinya kita tiap-tiap kali perlu panggil mereka untuk rekod kenyataan.

“Saya rasa itulah perbezaan paling besar antara Kerajaan MADANI dengan pihak di sebelah sana,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN–Pasir Mas) yang membangkitkan isu laporan portal berita MalaysiaKini mengenai dakwaan kewujudan 263 akaun palsu yang dikaitkan dengan usaha menaikkan sokongan terhadap Perdana Menteri di internet.

Menjelaskan perkara itu, Nie Ching berkata, pihak Meta juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada aktiviti tidak normal dikesan berkaitan dakwaan tersebut.

“Pertama Meta telah keluar kenyataan dan menyatakan bahawa tiada aktiviti abnormal. Itu penjelasan daripada Meta. Sekiranya ada akaun palsu saya tak nafikan, saya selalu cakap memang banyak akaun palsu telah diwujudkan untuk promosikan penipuan (scam),” katanya.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan sentiasa menghormati prinsip kebebasan media sebagai salah satu tonggak penting dalam sistem demokrasi negara. Namun begitu, kebebasan tersebut perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab serta berlandaskan etika kewartawanan profesional.

Nie Ching berkata, Majlis Media Malaysia (MMM) telah ditubuhkan menerusi Akta Majlis Media Malaysia 2025 (Akta 868) yang berkuat kuasa pada 14 Jun lalu, bagi memastikan standard kewartawanan beretika, bertanggungjawab dan profesional diamalkan oleh pengamal media di negara ini.

“Majlis Media Malaysia secara rasminya ditubuhkan pada tahun ini sebaik sahaja Akta 868 berkuat kuasa dan telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertama pada 7 November 2025.

“Menerusi AGM tersebut juga, kod tatakelakuan dan juga mekanisme aduan telah diluluskan dengan pindaan menandakan langkah penting ke arah membina ekosistem media yang lebih kukuh, beretika, profesional dan diyakini oleh rakyat,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Seri Hasni Mohammad (BN–Simpang Renggam) yang ingin tahu langkah diambil kerajaan bagi mempertahankan imej kerajaan yang dikatakan tidak dapat mengawal media daripada memburukkan pemimpin dan kerajaan.

Menjawab soalan tambahan Hasni mengenai keperluan mempertingkat penglibatan awam dalam memperjelas dasar kerajaan, Nie Ching berkata, kementerian sentiasa bekerjasama dengan agensi lain bagi menjelaskan pendirian dan inisiatif kerajaan kepada rakyat, termasuk melalui Jabatan Penerangan (JaPen).

“Sebagai contoh, kami ada JaPen Digital yang secara konsisten dan strategi menyebarkan maklumat terperinci mengenai inisiatif dan juga kejayaan kerajaan serta fakta-fakta yang menangkis sebarang maklumat palsu ataupun fitnah,” katanya.

Selain itu, Nie Ching berkata bagi membantu orang ramai membezakan antara berita benar dan palsu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mewujudkan Artificial Intelligence Fact Check Assistant (AIFA) yang membolehkan pengguna menyemak kesahihan maklumat melalui aplikasi WhatsApp.

“Apabila dilancarkan secara rasmi pada 28 Januari hingga 31 Oktober, secara purata AIFA menerima 760 mesej sehari. Jadi ini menunjukkan bahawa lebih ramai warga Malaysia yang mengetahui tentang kewujudan AIFA,” katanya.

Related Posts

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan AS tawar bantu Pas jatuhkan kerajaan, PKR Lembah Pantai buat laporan polis

KUALA LUMPUR – PKR Lembah Pantai membuat laporan polis berkenaan dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Waspada, elak risiko kesihatan akibat cuaca panas – Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles

Everton, United kongsi mata hasil gol lewat permainan Maitland-Niles