Touch Me tawar pakej umrah Selesa, lantik Maulana Hilmi duta syarikat

KUANTAN – Selepas kira-kira lapan bulan memfokuskan kepada usaha pengukuhan semula jenama, Touch Me Travel & Tours (Touch Me) mula mengorak langkah dengan menawarkan pakej umrah kepada pelanggan mereka.

Walaupun mempunyai pengalaman hampir 20 tahun sebagai syarikat yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan dalam dan luar negara, pembabitan syarikat itu dalam menyediakan pakej umrah pada harga kompetitif masih belum teruji sepenuhnya.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Touch Me, Zuriati Hassan berkata, idea untuk menawarkan pakej umrah itu timbul selepas beliau kembali dari Tanah Suci, beberapa tahun lalu.

“Saya menyertai Touch Me sekitar bulan Januari 2024 dan sebaik bersama syarikat ini, kita mengambil banyak masa untuk menstrukturkan semula model perniagaan sedia ada.

“Kebetulan semasa saya mula-mula bersama Touch Me, saya baru balik daripada menunaikan umrah dan dari situ saya terfikir, kenapa kita tidak ceburi bidang ini, menawarkan pakej umrah kepada pelanggan.

“Jadi, kami mulakan semuanya dari bawah… mengemukakan permohonan lesen pengendali umrah daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan dan permohonan itu mendapat kelulusan,” katanya ketika ditemui di pejabat Touch Me, dekat Indera Mahkota, hari ini.

Terdahulu, pihak Touch Me menandatangani perjanjian persefahaman bersama Maulana Datuk Wan Helmi Wan Mohamed atau lebih dikenali dengan panggilan Maulana Hilmi.

Menerusi perjanjian itu, Maulana Helmi dilantik sebagai Duta Touch Me bagi mempromosikan pakej umrah ditawarkan syarikat itu.

Ditanya mengenai pakej umrah ditawarkan Touch Me, Zuriati memberitahu, terdapat dua pakej utama disediakan pihaknya.

“Kita ada pakej Umrah Selesa yang bermula pada harga RM7,850 untuk sembilan hari dan tujuh malam.

“Selain itu, kita juga menyediakan pakej Umrah Safwa bermula RM9,750 (12 hari dan 10 malam), selain pakej umrah khas ketika bulan Ramadan.

“Untuk pakej ini (Ramadan), kita bermula dengan harga RM9,290 (12 hari, 10 malam) dan bermula RM13,450 (untuk tempoh 30 hari) di Tanah Suci,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, semua pakej ditawarkan Touch Me, menyediakan diskaun RM2,000 bagi bayi berusia 2 tahun ke bawah.

Katanya, syarikat itu juga bercadang untuk memohon lesen pengendali haji daripada Tabung Haji dalam masa terdekat.

“Tahun ini mungkin dah tak sempat, tapi Insya-Allah… kita memang ke arah itu dan jika semua perancangan berjalan dengan baik, insy-Allah tahun 2027 kita juga boleh mengendalikan pakej Haji,” tambahnya.

Related Posts

PP26 bukti Pasifik bukan pemisah antara negara

KOTA KINABALU – Kerjasama menerusi Pacific Partnership 2026 (PP26) membuktikan Pasifik bukan pemisah antara negara, sebaliknya menjadi ruang yang menyatukan Malaysia, Amerika Syarikat serta sekutu dan rakan kongsi dalam menghadapi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waspada guna AI jana grafik Jalur Gemilang, pastikan 14 bucu dan jalur – Fahmi

KUCHING – Pengamal media dan warganet diberi peringatan tegas agar lebih berwaspada apabila menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menjana grafik yang melibatkan lambang kedaulatan negara, terutamanya bendera Jalur Gemilang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PP26 bukti Pasifik bukan pemisah antara negara

PP26 bukti Pasifik bukan pemisah antara negara

Waspada guna AI jana grafik Jalur Gemilang, pastikan 14 bucu dan jalur – Fahmi

Waspada guna AI jana grafik Jalur Gemilang, pastikan 14 bucu dan jalur – Fahmi

‎Sabah rekod 1,551 kes kebakaran terbuka sejak Mac

  • By Ezmie
  • September 14, 2026
‎Sabah rekod 1,551 kes kebakaran terbuka sejak Mac

Pameran Hari Malaysia 2026 rungkai sejarah pembentukan negara, papar dokumen sahih MA63

Pameran Hari Malaysia 2026 rungkai sejarah pembentukan negara, papar dokumen sahih MA63

Kadar elaun RELA RM8 sejam disemak

Kadar elaun RELA RM8 sejam disemak

Firma audit bebas dilantik bagi forensik profesional ke atas FELDA

Firma audit bebas dilantik bagi forensik profesional ke atas FELDA