Touch Me tawar pakej umrah Selesa, lantik Maulana Hilmi duta syarikat

KUANTAN – Selepas kira-kira lapan bulan memfokuskan kepada usaha pengukuhan semula jenama, Touch Me Travel & Tours (Touch Me) mula mengorak langkah dengan menawarkan pakej umrah kepada pelanggan mereka.

Walaupun mempunyai pengalaman hampir 20 tahun sebagai syarikat yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan dalam dan luar negara, pembabitan syarikat itu dalam menyediakan pakej umrah pada harga kompetitif masih belum teruji sepenuhnya.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Touch Me, Zuriati Hassan berkata, idea untuk menawarkan pakej umrah itu timbul selepas beliau kembali dari Tanah Suci, beberapa tahun lalu.

“Saya menyertai Touch Me sekitar bulan Januari 2024 dan sebaik bersama syarikat ini, kita mengambil banyak masa untuk menstrukturkan semula model perniagaan sedia ada.

“Kebetulan semasa saya mula-mula bersama Touch Me, saya baru balik daripada menunaikan umrah dan dari situ saya terfikir, kenapa kita tidak ceburi bidang ini, menawarkan pakej umrah kepada pelanggan.

“Jadi, kami mulakan semuanya dari bawah… mengemukakan permohonan lesen pengendali umrah daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan dan permohonan itu mendapat kelulusan,” katanya ketika ditemui di pejabat Touch Me, dekat Indera Mahkota, hari ini.

Terdahulu, pihak Touch Me menandatangani perjanjian persefahaman bersama Maulana Datuk Wan Helmi Wan Mohamed atau lebih dikenali dengan panggilan Maulana Hilmi.

Menerusi perjanjian itu, Maulana Helmi dilantik sebagai Duta Touch Me bagi mempromosikan pakej umrah ditawarkan syarikat itu.

Ditanya mengenai pakej umrah ditawarkan Touch Me, Zuriati memberitahu, terdapat dua pakej utama disediakan pihaknya.

“Kita ada pakej Umrah Selesa yang bermula pada harga RM7,850 untuk sembilan hari dan tujuh malam.

“Selain itu, kita juga menyediakan pakej Umrah Safwa bermula RM9,750 (12 hari dan 10 malam), selain pakej umrah khas ketika bulan Ramadan.

“Untuk pakej ini (Ramadan), kita bermula dengan harga RM9,290 (12 hari, 10 malam) dan bermula RM13,450 (untuk tempoh 30 hari) di Tanah Suci,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, semua pakej ditawarkan Touch Me, menyediakan diskaun RM2,000 bagi bayi berusia 2 tahun ke bawah.

Katanya, syarikat itu juga bercadang untuk memohon lesen pengendali haji daripada Tabung Haji dalam masa terdekat.

“Tahun ini mungkin dah tak sempat, tapi Insya-Allah… kita memang ke arah itu dan jika semua perancangan berjalan dengan baik, insy-Allah tahun 2027 kita juga boleh mengendalikan pakej Haji,” tambahnya.

Related Posts

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

KANGAR — Tindakan dan reaksi semasa Program Perlis Mendengar Rintihan Rakyat yang tular di media sosial baru-baru ini diakui telah menimbulkan rasa kurang senang serta pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu DAP dan Johor tidak sama, BN Johor dilihat bercanggah semangat perpaduan

PULAI – Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat tampil menjawab kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dengan menegaskan bahawa isu melibatkan DAP dan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

Isu DAP dan Johor tidak sama, BN Johor dilihat bercanggah semangat perpaduan

Isu DAP dan Johor tidak sama, BN Johor dilihat bercanggah semangat perpaduan

STeP perkasa usahawan, buka akses bantuan dan geran perniagaan

STeP perkasa usahawan, buka akses bantuan dan geran perniagaan

Roti canai Awang kekal jadi buruan pengunjung setiap pagi 

Roti canai Awang kekal jadi buruan pengunjung setiap pagi 

Jalan lencongan sementara FT185 dijangka dibuka 21 Mei

Jalan lencongan sementara FT185 dijangka dibuka 21 Mei

Jejak novel pertama Melayu: Ilmuwan dipelawa rungkai Hikayat Panglima Nikosa

Jejak novel pertama Melayu: Ilmuwan dipelawa rungkai Hikayat Panglima Nikosa