Semangat juang pelajar terserlah dalam Rentas Desa SK Syed Othman Miri

MIRI – Suasana penuh semangat dan keceriaan mewarnai Program Rentas Desa SK Syed Othman Miri 2025 yang diadakan di Taman Bulatan Miri, apabila pelajar-pelajar sekolah itu menunjukkan semangat juang tinggi dalam menyempurnakan larian tahunan berkenaan.

Program yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man, itu merupakan antara aktiviti utama dalam kalendar sekolah bagi memupuk disiplin, semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

Dalam majlis tersebut, Chiew turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum serta pembangunan sahsiah pelajar.

“Acara seperti ini bukan sekadar pertandingan sukan, tetapi juga medan penting untuk membentuk jati diri, ketahanan mental serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan pelajar,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada guru-guru dan PIBG atas dedikasi mereka mendidik pelajar agar bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga aktif, berdisiplin dan berdaya tahan.

Dalam perkembangan berkaitan, Chiew memaklumkan bahawa projek pembinaan semula SK Syed Othman kini sedang berjalan selepas mengalami kelewatan beberapa tahun.

“Kontraktor asal telah ditamatkan pada tahun 2022 dan kontraktor penyiap baharu dilantik pada April 2025. Berdasarkan jadual semasa, projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Mei 2026,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya akan terus memantau kemajuan projek tersebut bagi memastikan ia disiapkan mengikut jadual dan memberi manfaat kepada warga sekolah.

Sementara menunggu bangunan baharu siap, pelajar dan guru SK Syed Othman kini menumpang di sekolah berhampiran bagi meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran.

“Walaupun berdepan cabaran ruang dan logistik, semangat warga sekolah tetap tinggi untuk terus belajar dan berjaya,” tambahnya.

Program Rentas Desa 2025 turut mencerminkan semangat Malaysia MADANI yang menekankan nilai perpaduan, kesejahteraan dan pembangunan insan secara holistik.

Turut hadir Guru Besar SK Syed Othman, Hayati Salleh; Yang Dipertua PIBG, Mohd Syukri Bosri, barisan guru serta ibu bapa yang hadir memberikan sokongan moral kepada pelajar-pelajar yang bertanding.

Related Posts

Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

KOTA BHARU – Orang ramai termasuk pempengaruh diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri berhubung isu komuniti Rohingya kerana perbuatan sedemikian dikhuatiri boleh mencetuskan provokasi serta menjejaskan keamanan negara. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

KOTA KINABALU – Perbezaan tahap pengalaman dan kemampuan peserta Borneo Rising memberi cabaran kepada barisan juri untuk membuat penilaian secara adil. Juri tetap program itu, Marsha Milan berkata, sebahagian peserta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kadar elaun RELA RM8 sejam disemak

Kadar elaun RELA RM8 sejam disemak

Firma audit bebas dilantik bagi forensik profesional ke atas FELDA

Firma audit bebas dilantik bagi forensik profesional ke atas FELDA

DKU: Proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz tidak sah

DKU: Proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz tidak sah

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

  • By Ezmie
  • September 14, 2026
Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum