PBB dedah Israel sekat kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan Israel menolak lebih 100 permohonan bagi kemasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza sejak gencatan senjata dikuatkuasakan pada 10 Oktober lalu.

Jurucakap PBB, Farhan Haq berkata, sebanyak 107 permohonan kemasukan bahan bantuan seperti selimut, pakaian musim sejuk serta peralatan penyelenggaraan sistem air, sanitasi dan kebersihan ditolak oleh pihak berkuasa Israel, menurut Anadolu.

“Hampir 90 peratus daripada permohonan yang ditolak adalah daripada lebih 330 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa. Lebih separuh permohonan itu dinafikan atas alasan organisasi terbabit tidak diberi kebenaran membawa barangan bantuan ke Gaza,” katanya pada sidang media di New York, semalam.

Barangan ‘dua guna’ turut disekat

Haq menjelaskan bahawa PBB dan rakan kemanusiaannya mampu menyalurkan lebih banyak bantuan sekiranya sekatan sedia ada dilonggarkan.

Beliau berkata, antara barangan yang ditolak termasuk yang dianggap Israel berada di luar skop bantuan kemanusiaan, manakala sebahagian lagi dikategorikan sebagai barangan “dua guna” (dual-use).

Barangan berkenaan termasuk kenderaan dan alat ganti, panel solar, tandas mudah alih tertentu, mesin X-ray serta penjana elektrik.

Serangan masih berlaku di kawasan pendudukan

Menurut Haq, memetik Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), letupan di bangunan kediaman masih dilaporkan setiap hari di kawasan yang menempatkan tentera Israel, khususnya di timur Khan Younis, Timur Bandar Gaza dan Rafah.

“Serangan berhampiran kawasan dikenali sebagai ‘garisan kuning’ terus berlaku dan mengakibatkan korban jiwa. Aktiviti ketenteraan ini menjejaskan keselamatan orang awam, termasuk petugas bantuan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan tentera Israel mengenai tanggungjawab untuk melindungi orang awam serta pekerja kemanusiaan sepanjang operasi mereka di wilayah berkenaan.

Pergerakan penduduk masih terbatas

“Garisan kuning” merupakan sempadan pertama yang ditetapkan dalam fasa awal perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, yang mula berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu. Garisan itu memisahkan kawasan di bawah kawalan tentera Israel di timur daripada kawasan yang membenarkan pergerakan rakyat Palestin di barat.

Sejak gencatan senjata bermula, Haq memaklumkan lebih 680,000 pergerakan penduduk dari selatan ke utara Gaza direkodkan, manakala hampir 113,000 pergerakan dilaporkan dari barat ke timur Khan Younis.

“Bagaimanapun, ramai penduduk yang kehilangan tempat tinggal enggan kembali ke kawasan asal akibat kemusnahan besar, kekurangan alternatif dan ketidaktentuan mengenai keselamatan serta perkhidmatan asas,” katanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX