Pearly-Thinaah rampas kedudukan nombor satu Jelajah Dunia BWF

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah melakar pencapaian membanggakan musim ini apabila merampas kedudukan nombor satu ranking kelayakan Jelajah Dunia BWF daripada gandingan China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Naib juara dunia itu mengumpul 104,860 mata, mengatasi Sheng Shu-Tan Ning yang mengumpul 103,150 mata selepas pasangan China berkenaan tidak beraksi pada Terbuka Perancis dan Terbuka Hylo.

Ranking Jelajah Dunia BWF digunakan bagi menentukan lapan beregu terbaik yang layak beraksi di Final Jelajah Dunia (WTF) di Hangzhou dari 17 hingga 21 Disember ini.

Bagaimanapun, Pearly-Thinaah masih berada di tangga kedua ranking dunia di belakang pasangan China itu yang menduduki tangga teratas.

Namun, pencapaian muncul nombor satu dalam ranking Jelajah Dunia pastinya memberi suntikan moral buat mereka menjelang Masters Kumamoto di Jepun bermula Selasa ini.

Pearly-Thinaah kini memburu gelaran Jelajah Dunia ketiga musim ini, selepas menjuarai Terbuka Thailand dan Terbuka Artik di Finland.

Beregu negara itu yang diletakkan sebagai pilihan pertama di Jepun dijangka membuat perhitungan dengan gandingan nombor tiga dunia dari Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong jika masing-masing mara ke final kejohanan bertaraf Super 500 itu.

Related Posts

Leeds belasah Newcastle 4-1

LEEDS United membelasah Newcastle United 4-1 di Elland Road awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada pengurus baharu The Magpies,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti Rumah Ru’RASA perlu diberi keutamaan – Sultan Pahang

Kualiti Rumah Ru’RASA perlu diberi keutamaan – Sultan Pahang

Hormati semua agama, pemimpin politik Semenanjung diseru contohi keharmonian Sarawak

Hormati semua agama, pemimpin politik Semenanjung diseru contohi keharmonian Sarawak

Anak Orang Asli boleh terus belajar hingga Tingkatan 5 di SK Bihai

Anak Orang Asli boleh terus belajar hingga Tingkatan 5 di SK Bihai

MDTelupid laksana pembayaran digital sepenuhnya mulai 14 September

  • By Fandi
  • September 15, 2026
MDTelupid laksana pembayaran digital sepenuhnya mulai 14 September

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli