Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion empat tahun berturut-turut

KUANTAN – Kerajaan Pahang mengulangi pencapaian kutipan hasil melebihi RM1 bilion tahun ini, sekali gus merekodkan kejayaan tersebut untuk empat tahun berturut-turut sejak 2022.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sehingga hari ini, kerajaan negeri berjaya mengutip hasil mencecah angka seperti disasarkan.

“Mulai hari ini (Khamis) saya dapat sahkan hasil kerajaan negeri mencapai sasaran.

“Saya yakin kutipan hasil negeri keseluruhan akan lebih daripada itu sehingga hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Visit Malaysia 2026-Pahang First di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Wan Rosdy berterima kasih kepada semua penjawat awam, barisan kepimpinan kerajaan dan semua rakyat – termasuk pembayar cukai – yang menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

“Kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa usaha dan kesepaduan berterusan semua pihak untuk sama-sama merealisasikan sasaran tersebut.

“Sepertimana yang saya janjikan, hasil ini akan dibagi balik kepada rakyat,” katanya.

Wan Rosdy mengulangi jaminan sekiranya kutipan hasil mencapai RM1.6 bilion tahun ini, kerajaan negeri bersedia untuk memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri.

“Kalau dapat dan jika sebaliknya… saya tetap bagi jaminan bila dah capai RM1 bilion ini, bayaran tidak kurang dari tahun sebelumnya,” katanya.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi