Komunikasi kerajaan perlu berasaskan empati dan kefahaman akar umbi


TENOM – Pendekatan komunikasi kerajaan perlu berasaskan empati dan kefahaman terhadap realiti kehidupan rakyat, khususnya masyarakat luar bandar yang berdepan kekangan pendidikan, peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi.

Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Milus Alu@Abd Wahad berkata, komunikasi berasaskan empati bermaksud memahami sentimen dan keperluan sebenar rakyat sebelum menyampaikan dasar serta mesej kerajaan.

“Dalam menyampaikan dasar, kita tidak boleh hanya melihat dari sudut angka dan laporan.

“Kita mesti mendengar denyut nadi rakyat dan memahami cabaran mereka,” katanya ketika berucap dalam Program Rapat-Rapat bersama-sama Komuniti di pekan Melalap, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, setiap pegawai JKOM di seluruh negara perlu turun ke lapangan, mendekati masyarakat dan menjadi jambatan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat.

Katanya, keupayaan kerajaan untuk membina keyakinan rakyat bergantung kepada sejauh mana mesej dan dasar dapat diterjemahkan dalam bentuk yang mudah difahami serta memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat.

“Komunikasi berkesan bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi menanam kepercayaan.

“Empati mesti jadi asas dalam setiap tindakan kita,” ujarnya.

Beliau turut menekankan bahawa cabaran sosial melibatkan golongan muda perlu diberi perhatian, termasuk isu ketagihan media sosial, tekanan emosi dan peluang pekerjaan yang terhad di luar bandar.

“Generasi muda hari ini banyak membentuk pandangan mereka melalui media sosial.

“Justeru, kita perlu mendekati mereka dengan bahasa dan saluran komunikasi yang relevan serta berhemah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata JKOM akan terus memperkukuh peranan dalam memperjelas dasar-dasar utama kerajaan di bawah rangka Malaysia MADANI, khususnya di kawasan pedalaman yang memerlukan pendekatan lebih inklusif.

“Komunikasi akar umbi bukan sekadar penerangan dasar, tetapi juga soal mendengar, memahami dan memanusiakan mesej kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, usaha tersebut selaras dengan visi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menjadikan komunikasi kerajaan sebagai ruang interaksi dua hala yang membina keyakinan rakyat serta memperkukuh perpaduan nasional.

Related Posts

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

MUKAH – Upacara tradisi Seraheng Kakan terus menjadi pembuka tirai utama Pesta Kaul masyarakat Melanau, dengan peningkatan kehadiran pelawat yang sekali gus merancakkan semula sektor ekonomi dan perniagaan tempatan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

BETONG – Selepas 16 tahun menyepi, kemeriahan sorakan di tebing Sungai Layar kembali bergema menerusi penganjuran Regatta Betong 2026 yang menyasarkan pemerkasaan warisan budaya serta pemangkin ekonomi setempat. Acara sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎