KDN fokus empat pintu masuk utama halang wabak Mpox

AYER KEROH – Kerajaan memberi tumpuan kepada empat pintu masuk utama negara untuk mengekang penularan cacar monyet atau Mpox di negara ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan tiada pengunjung bergejala wabak itu ketika memasuki negara.

Empat pintu masuk itu adalah Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor, lapor Berita Harian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, KDN juga akan melakukan pemantauan khusus di beberapa `laluan tikus’ di sempadan negara terutama sekitar Sungai Golok, Kelantan menerusi kawalan keselamatan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Daripada 141 pintu masuk, tiga perempat daripada kemasukan pengunjung adalah menerusi KLIA, Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar, manakala baki satu perempat menggunakan laluan lain.

“Justeru, keutamaan kita adalah empat pintu masuk utama itu (kerana) laluan lain (yang tidak sah) itu kita kenal pasti sebagai laluan tikus (iaitu) laluan yang kita tahu jumlah dan lokasi.

“Itu adalah di bawah pengawasan, kalau polis di bawah PGA,” katanya ditemui selepas hadir Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka.

Saifuddin berkata, walaupun penularan Mpox dalam negara disifatkan sangat terkawal ketika ini, kerajaan tetap mengambil pendekatan berwaspada.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengisytiharkan Mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun berikutan jangkitan virus berkenaan di Republik Demokratik Congo didapati mula merebak ke negara jiran.

Related Posts

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James