Lelaki edar syabu bernilai RM22,000 diberkas polis Semporna

SEMPORNA – Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna bersama anggota Balai Polis Pulau Bum Bum berjaya menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam pengedaran dadah seberat 200.54 gram bernilai RM22,059.40 di Kampung Sri Jaya, di sini, Selasa lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Jaafar Hakim berkata, suspek bukan warganegara itu ditahan selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan di kawasan terbabit kira-kira pukul 11.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan badan menemui plastik hitam mengandungi empat plastik cerah yang setiap satunya berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dalam beg silang hitam suspek.

“Tangkapan dan rampasan dadah dibuat untuk disiasat di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Tegas Jaafar, mengedar, memiliki atau menyalahgunakan dadah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Sehubungan itu, beliau mengalu–alukan kerjasama serta maklumat daripada orang awam untuk bersama-sama membanteras kegiatan tersebut.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM