Sarawak bina pusat kajian Swinburne perkukuh penyelidikan tenaga dan teknologi tinggi

KUCHING – Kerajaan Sarawak meluluskan tapak seluas 15 ekar bagi pembinaan Pusat Kajian Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, selaras dengan usaha menjadikan negeri ini sebagai hab penyelidikan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi tinggi.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan pusat berkenaan merupakan langkah strategik bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan modal insan berpengetahuan tinggi yang mampu memanfaatkan sumber semula jadi negeri dalam tempoh dua dekad akan datang.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak komited untuk melabur dalam pembinaan dan penyediaan kemudahan penyelidikan moden, termasuk peralatan berteknologi tinggi bagi tujuan analisis serta pembangunan produk berasaskan sumber tempatan.

“Fokus utama pusat ini adalah untuk menganalisis pelbagai sumber yang dimiliki Sarawak dan menukarkannya kepada produk bernilai tambah tinggi melalui penggunaan teknologi terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-25 Swinburne Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.

Sebagai Pro-Canselor Swinburne Sarawak, Abang Johari menegaskan pusat berkenaan bakal menjadi nadi penyelidikan tenaga hijau serta pelbagai sektor teknologi tinggi termasuk satelit, dron dan aeroangkasa.

Beliau turut yakin dengan kepakaran tempatan dan potensi sumber negeri, Sarawak berupaya melahirkan generasi muda berkemahiran tinggi dalam bidang tenaga dan teknologi masa depan, sejajar dengan aspirasi negeri membina ekonomi berasaskan pengetahuan.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian; Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapa’ee; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala; Pengerusi Lembaga Pengarah Swinburne Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion; serta Pengarah Yayasan Sarawak, Datu Mohamad Junaidi Mohidin.

Kredit foto:UKAS

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam