Klausa 5.1 disalah tafsir, perjanjian Malaysia-AS tidak jejas kedaulatan – Tengku Zafrul

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan bahawa perjanjian perdagangan timbal balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menggadaikan kedaulatan negara.

Beliau berkata, dakwaan dibuat Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu tidak berasas kerana hanya berpandukan kepada sebahagian petikan Klausa 5.1 dalam perjanjian berkenaan.

Menurutnya, klausa itu perlu dibaca secara menyeluruh bagi memahami konteks sebenar yang menekankan kepentingan bersama antara dua negara, bukan ketundukan Malaysia terhadap AS.

“Perjanjian ini perlu dibaca penuh, jangan baca sekerat. Baru-baru ini, Yang Berhormat Azmin Ali kata perjanjian perdagangan timbal balas Malaysia-AS ini menggadaikan kedaulatan negara.

“Klausa yang dipetik ialah Klausa 5.1, tetapi beliau cuma baca ayat pertama dan sebahagian ayat kedua,” katanya menerusi video dimuat naik di media sosial, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, dakwaan kononnya Malaysia akan secara automatik mengikuti sekatan dikenakan AS terhadap mana-mana negara juga tidak benar.

“Kalau kita baca penuh klausa ini, bahagian terakhir menyebut ‘to address a shared economic or national security concern’.

“Maksudnya, sekatan itu hanya dibuat untuk menangani isu keselamatan negara dan ekonomi bersama.

“Kata kunci di sini ialah ‘bersama’. Kalau isu itu hanya memberi kesan kepada keselamatan atau ekonomi AS dan tidak memberikan impak kepada keselamatan dan ekonomi Malaysia, kita tidak perlu pertimbangkannya,” katanya.

Beliau menegaskan, setiap keputusan dasar luar dan perdagangan Malaysia akan terus berpaksikan kepada kepentingan serta kedaulatan negara.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri