PM Anwar hargai dedikasi rakyat jayakan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia serta barisan petugas kerajaan yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang-sidang berkaitan yang berlangsung di ibu negara berjalan lancar dan bersejarah.

Anwar berkata, kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah sidang penting itu bukan hasil kerja kerajaan semata-mata, sebaliknya lahir daripada usaha kolektif semua pihak termasuk petugas keselamatan, imigresen, kastam, penerbangan, pegawai diplomatik dan jentera pentadbiran negara.

Katanya, semangat dan dedikasi yang ditunjukkan mencerminkan khidmat dan cinta mendalam terhadap tanah air.

“Politik satu hal, tetapi ini mengenai rakyat yang bekerja tanpa mengenal penat siang dan malam.

“Saya amat tersentuh dan berterima kasih dan ini bukti Malaysia kekal sederhana, bersahabat dengan semua pihak dan terus mempertahankan kepentingan negara serta manfaat rakyat,” katanya pada sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, hari ini.

Anwar turut berbesar hati apabila Malaysia kini menjadi tumpuan dunia kerana keupayaan negara mengekalkan dasar berkecuali dan diplomasi matang apabila mampu mengadakan pertemuan dengan pelbagai kuasa besar termasuk Amerika Syarikat, China, Brazil dan Afrika Selatan.

“Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan dunia melihat keberanian dan kebijaksanaan kita berdiri teguh atas prinsip, tanpa tunduk kepada mana-mana tekanan,” katanya.

Sepanjang hampir 60 tahun ASEAN ditubuhkan, Malaysia sudah lima kali mengalas tanggungjawab dan sudi mempengerusikan sidang kemuncak ASEAN iaitu bermula pada 1977, 1997, 2005, 2015 dan 2025 menjadi tahun kelimanya.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX