Malaysia kekal bebas dan berprinsip dalam hubungan antarabangsa – PM Anwar

DATUK Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia dan ASEAN kekal berprinsip serta bebas dalam menentukan dasar luar tanpa takut atau tunduk kepada mana-mana kuasa besar, termasuk Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri berkata, pemeteraian Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA 3.0) yang ditandatangani hari ini membuktikan komitmen negara dan rantau ini untuk memperkukuh kerjasama dengan semua pihak berdasarkan kepentingan bersama.

“Kalau kita takut dengan AS, mana mungkin kita ‘sign’ (menandatangani ACFTA 3.0) dengan China,” katanya pada sidang media sempena penutupan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, hari ini.

Anwar menegaskan bahawa Malaysia sentiasa mempertahankan sikap sederhana serta prinsip centrality, yang membolehkan negara ini menjalin hubungan baik dengan semua pihak.

“Ada kata mengapa kita memihak kepada China, tetapi (saya kata) kita (juga) baik dengan AS… mengapa terlalu (beriya) sambut AS, (saya kata) kita baik dengan Brazil dan Afrika Selatan… mengapa pula baik dengan EU (Kesatuan Eropah), kerana perdagangan dan pelaburan negara itu penting.

“Keputusan dibuat (Malaysia dalam soal hubungan mengambil kira kepentingan) menjaga imej negara, ekonomi, pelaburan dan lebih penting menjamin manfaat kepada rakyat,” katanya.

Menurut beliau, dasar luar Malaysia berasaskan prinsip saling menghormati serta maruah negara, bukan kerana kekayaan atau kedudukan sesebuah negara.

“Kita berkawan bukan sebab negara itu kaya atau miskin, tapi kerana menghormati maruah dan kedaulatan mereka,” katanya.

Anwar yang juga Pengerusi ASEAN 2025 berkata, setiap pertemuan dengan pemimpin dunia dimanfaatkan untuk memperjuangkan kepentingan umat dan kemanusiaan termasuk isu Palestin.

“Kita bukan menyerah. Bila saya jumpa Presiden Donald Trump, saya nyatakan dengan jelas — hentikan serangan, hormati hak rakyat Palestin. Kita sampaikan terus, bukan sekadar jerit dari jauh,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan sikap ‘centrality’ sebagai lambang kebijaksanaan diplomasi Malaysia yang kini dipandang tinggi di peringkat antarabangsa.

“Ada yang memang dengki, bukan soal saya, tapi tentang nama baik Malaysia.

“Apa pun saya bangga kerana Malaysia kini harum namanya di mata dunia,” katanya.

Related Posts

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi ini. Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri turut santap bersarapan bersama sempena cuti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Nie Ching luah rasa berat hati, hargai jasa Marina dalam DAP Johor

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Gawai Dayak platform perkukuh perpaduan, warisan budaya dan daya saing rakyat Sarawak

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Dua maut dalam kemalangan berasingan di Batu Pahat

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Sistem pendigitalan jadikan Baucar Buku MADANI rekod pencapaian luar biasa

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri

Agong terima menghadap, santap sarapan bersama Perdana Menteri